Pages

Sunday, June 19, 2011

Barcelona belum mengalah

BARCELONA: Barcelona berharap untuk mengatur pertemuan empat mata dengan ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gatzidis dan pengurus, Arsene Wenger di London minggu ini untuk mendapatkan khidmat Cesc Fabregas.

Pengarah kelab, Josep Maria Bartomeu dan Andoni Zubizarreta menjadi orang perantaraan untuk membincangkan pembelian pemain itu yang menjadi sasaran nombor satu jurulatih Barcelon, Pep Guardiola.

Namun, ketika kelab Catalan itu bertegas tidak akan membayar lebih daripada 35 juta (RM152 juta) untuk mendapatkan kapten Arsenal itu, mereka mengharapkan satu kata sepakat daripada kelab Utara London itu yang enggan dimanipulasi oleh bidaan Barca.

Perkara itu membingungkan pemain tengah Sepanyol itu dengan bidaan tertinggi Barca adalah kurang 10 juta (RM43 juta) daripada penilaian Arsenal.

Barcelona awalnya menjangkakan Fabregas akan membuat pengumuman yang dia akan meninggalkan kelab itu sekali gus boleh mendapatkannya dengan harga lebih rendah.

Walaupun terbabit dengan banyak temuramah minggu lalu, Fabregas enggan mengesahkan mahu meninggalkan kelab itu dan lebih berhati-hati dengan kenyataannya, walaupun dia memang berminat untuk kembali menyertai kelab yang diwakilinya ketika remaja.

Arsenal dijangka berjaya mendapatkan khidmat penyerang Lille, Gervinho dengan harga 10 juta (RM43 juta) dalam tempoh dua minggu ini, langkah yang dijangka meredakan keresahan penyokong yang bimbang mereka kurang aktif dalam aktiviti perpindahan pemain.

Bagaimanapun, sejurus selepas perjanjian dipersetujui, Wenger hanya mempunyai baki 15 juta (RM65 juta) untuk dibelanjakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...