![]() |
Theo Walcott kunci nadi senjata rahsia Arsenal untuk bangkit |
LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya Theo Walcott akan menjadi kunci utama untuk kelab utara London itu berjuang menamatkan saingan di tempat ketiga.
Pemain sayap England itu melakukan hantaran penting untuk dua gol pasukannya ketika mencatatkan kemenangan dramatik di masa kecederaan menewaskan Newcastle United bagi membolehkan skuad kendalian Wenger itu merapatkan jarak kepada satu mata dengan Tottenham yang berada di tempat ketiga.
Robin Van Persie membuka jaringan selepas mendapat hantaran Walcott untuk meledak jaringan ke-33 musim ini.
![]() |
VERMAELEN (tengah) meraikan jaringan kemenangan penting di minit akhir perlawanan |
Namun ketika kapten Arsenal itu menjadi tonggak utama dalam kempen Gunners musim ini, Wenger menegaskan Walcott turut memainkan peranan yang penting.
Pengurus Arsenal itu berkata: “Saya fikir orang terlupa sesuatu mengenai Theo kerana dia sudah terlalu lama menjadi tumpuan sehingga orang terlupa dia berusia 23 tahun dan semakin menghampiri usia di mana mampu mempamerkan persembahan yang baik.
“Ia semudah itu. Dia berkembang kerana kebijaksanaan dan saya merasakan secara taktikal dan teknikal pada malam ini dia beraksi dengan sempurna.”
Hantaran silang Walcott pada minit terakhir berjaya disempurnakan Thomas Vermaelen untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut Liga Perdana dan mengekalkan rekod kemenangan Arsenal pada saat akhir.
Wenger berkata: “Saya percaya ia menunjukkan kami mempunyai kualiti, semangat yang tidak pernah saya persoalkan.
“Tanpa memberi peluang kami berusaha seawal minit pertama sehingga minit terakhir. Rentak jelas berada pada tahap tertinggi dan berterusan sehingga saat terakhir permainan.” - AFP
Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betlink
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Siapa Sir John Cornforth yang Jadi Google Doodle Hari Ini?
Salip Apple, Huawei Duduki Peringkat Kedua Dunia
Tak Panik, Kunci Kemenangan Arsenal
Wenger Tidak Ada Laga Persahabatan Arsenal vs Chelsea
End of Season and 7th Anniversary of AIS Lampung