Pages

Monday, April 9, 2012

Highlights Arsenal v Man City - Wenger gembira tewaskan City


LONDON: Arsene Wenger (gambar) secara bersahaja berjenaka mengatakan Manchester City akan cuba memancing pemain Arsenal selepas melihat pemain Gunners memalukan bekas barisan bintang mereka.

Sindiran Wenger itu hadir selepas menyaksikan Gunners memberi tamparan hebat kepada kempen City memburu kejuaraan Liga Perdana, selepas pemainnya menang 1-0 di Stadium Emirates.


Arsenal kehilangan Samir Nasri, Gael Clichy dan Kolo Toure yang dibeli City dan kini Roberto Mancini dikaitkan pula dengan penyerang prolifik Robin van Persie. Ketika ditanya apakah beliau sangat puas hati dengan keputusan itu, Wenger sambil tersenyum berkata:

“Anda boleh lihat situasi ini dalam dua cara. Mungkin pada masa ini mereka mahukan pemain Arsenal yang lain pula.” Mikel Arteta meledak rembatan deras pada lewat permainan untuk membolehkan Gunners kembali ke kelompok tiga teratas manakala City pula kehilangan penyerang kontroversi, Mario Balotelli yang dibuang padang pada minit ke-90 dan berdepan hukuman penggantungan lebih panjang.

Kekalahan itu juga meletakkan City lapan mata di belakang Manchester United yang menewaskan QPR pada perlawanan terdahulu.

Wenger berpendapat Arsenal yang meraih kemenangan kelapan daripada sembilan perlawanan terakhir kini berpeluang menamatkan kekecewaan musim ini dengan cara positif.

“Saya sentiasa berasa akan peroleh jaringan tapi perlawanan amat sengit dan akhirnya anda berasa lebih gembira kerana tidak tewas,” kata Wenger. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...