Pages

Tuesday, April 19, 2011

Berjuang Hingga Terdaya..

While Wenger upsets his opposite number Kenny Dalglish by refusing to accept the decision with good grace
LONDON: Arsene Wenger meminta pemain Arsenal supaya berjuang sehingga ke penghujung pemburuan takhta Liga Perdana selepas usaha mereka tersentak berikutan kontroversi yang menyelubungi keputusan seri 1-1 ketika menentang Liverpool .

Pasukan bimbingan Wenger itu terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata apabila sepakan penalti Dirky Kyut yang juga aksi terakhir perlawanan di Stadium Emirates, awal pagi semalam, menafikan sepakan penalti Robin van Persie pada masa kecederaan.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal ketinggalan enam mata di belakang Manchester United dengan baki enam perlawanan dan situasi semakin mendesak untuk mengejar pendahulu liga yang dikemudi Sir Alex Ferguson.

“Kami harus memberikan segala-galanya sehingga perlawanan terakhir musim ini dan lihat sama ada tahun ini menjadi milik kami atau sebaliknya,” kata Wenger.

“Ia adalah mengenai kami memenangi perlawanan kami. Kami sudah 15 perlawanan tidak tewas dalam liga, namun kami tidak mengutip mata mencukupi sejak kebelakangan ini. Pemain saya berasa sangat kecewa. 

Siapa yang tidak? “Kami harus terus bermain dan berjuang hingga saat terakhir. Kami mempunyai pemain yang bercita-cita tinggi dan mahu memberikan aksi sebaik mungkin.

“Kami pernah kecewa sebelum ini tapi dapat bangkit semula. Inilah yang akan kami lakukan.” Wenger jelas berang dengan keputusan pengadil, Andre Marriner yang memberikan sepakan penalti pada minit ke-11 masa kecederaan kerana terjahan melulu Emmanuel Eboue ke atas Lucas Leiva yang tampak seperti menanti saja untuk disentuh sebelum menjatuhkan diri.

“Kami memberikan sepakan penalti selepas 11 minit ketika pengadil mengatakan masa tambahan adalah lapan minit,” kata Wenger.

The Arsenal manager charges onto the pitch to remonstrate with the officials. His side now lie six points behind United with six games remaining
“Saya tidak tahu dari mana datangnya tiga minit lagi dan ia bukannya penalti. Lucas berhenti di depan Eboue.” Situasi itu menyaksikan Wenger membantah keras walaupun pengurus Liverpool, Kenny Dalglish kelihatan seperti menafikannya ketika mereka bersemuka di tepi padang.

“Saya katakan kepada Dalglish ia bukan penalti. Itu saja. Anda boleh melihat semula di televisyen” kata Wenger.

“Kami diperlakukan dengan buruk pada dua perlawanan di sini. Ketika menentang Sunderland, kami jaringkan gol biasa dan tidak berikan penalti walaupun ia 100 peratus adalah penalti.

“Ketika menentang Liverpool, kami sekali lagi berdepan situasi buruk. Apa yang pasti, kami bukan pasukan yang bernasib baik.” Jaringan Van Persie hadir selepas Martin Skrtel menjatuhkan Cesc Fabregas dengan Dalglish merasakan kekalahan memberi kesan teruk terhadap pemainnya.

Keputusan itu membantu pesaing Liverpool di Old Trafford, namun Dalglish menambah: “Kami tidak pernah memberikan sesuatu kepada sesiapapun. Malah kami menewaskan mereka (United) 3-1 di Anfield, jadi saya tak pasti bagaimana kami berikan mereka sesuatu jika kami tewaskan mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...