Pages

Monday, August 27, 2012

Dua Perlawanan - Tiada Jaringan Tiada Kemenangan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Fan Arsenal seluruh Malaysia.. Fuhhh, lama betul aku tak update blog, disebabkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar yang tak menentu.. Sedia maklum ramai semua sudah tahu peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia permindahan yang paling sensasi penyerang paling disayangi oleh fan arsenal selama ini Van Persie kini bergelar pemain Man Utd.. Hahaha Mamposs lahh..

Bagi aku berita ini tak ada satu kejutan yang perlu kita bersedih utk permergian Van persie ke puak-puak setan jahanam tu.. ini semua adalah atas kegagalan Arsenal tidak memenangi apa-apa pun piala selama lapan tahun RVP start bersama dengan Arsenal.. jika nak ikutkan pada musim yg lepas lagi RVP tidak berpuas hati kecewa dengan polisi Arsene Wenger terapkan tanpa kemasukan pemain bintang baru.

Pada musim lepas cuba kita lihat adakah pemain yang ada mampu untuk memenangi walaupun satu piala?.. kecewaan itu turut dialami oleh bekas kapten Arsenal Cese Fabregas yang turut tidak berpuas hati polisi jangka panjang yang diterapkan oleh Arsene Wenger kerana ramai pemain Arsenal yang hebat keluar mengatakan Arsenal tiada cita-cita dan tiada semangat yang cukup tinggi utk memenangi Piala..

Kini buat kali kedua Arsene Wenger cukup terdesak tidak mampu menghalang menyakinkan kaptennya RVP utk menyambung Contracknya bersama Arsenal utk kekal di Emirates. Kita harus tahu, Arsene Wenger sudah awal lagi menjangkan ia akan kehilangan buat kali kedua kaptennya dan dengan itu dia terpaksa memecahkan polisinya membeli belah sakan utk membawa masuk tiga pemain bintang baru Podolski, Giroud and Cazorla.. standby takut-takut kehilangan RVP.

Cazorla - Giroud - Podolski
Kemasukan ketiga bintang baru Gunner ini selepas kita melihat aksi mereka dua perlawan pembukaan EPL menentang Sunderland dan Stoke City kita melihat masih terkial-kial mencari rentak dan buntu membantu pasukan mencari kemenangan sulung apabila seri tampa jaring dua perlawanan pembukaan.

Mungkin ramai Fan Arsenal mengatakan masih peringkat awal lagi untuk membuktikan mereka ini tidak bagus kot.. tapi bila kita melihat game menentang Stoke City semalam aku merasakan masih belum cukup yakin lagi jentera serangan The Gunner walaupun kita mengatakan banyak serangan di kubu lawan tapi masih buntu tidak mampu utk menjaringan gol. Hantaran cantik yang selalu kita lihat setiap game Arsenal kini hilang menampakan lagi kelemahan tampa ketiadaan Tomas Rosicky dan Sagna yang masih berehat mengalami kecederaan.

Baru-baru ini jugak kita menerima kejutan berita Alex Song telah berhijrah ke Barcelona pemain yang banyak membantu RVP menjaringkan gol dengan hantaran dan lorongan bola yang hebat. Aku cukup hairan kenapa orang tua ni (Wenger) sanggup melepaskan Alex Song pergi ke Barcelona dengan alasan mengatakan dia (Song) yang mahu pergi kesana.. ialahh tuu, siapa yang taknak main dengan Barcelona.. duduk dibangku simpanan main kejap-kejap pun jadi lah..


Kalau setakat RVP belah aku tak kecewa sangat.. yang aku amat kecewa kehilangan Alex Song!! kenapa Wenger sanggup jual pemain ini?.. adakah kerana nak cover duit balik setelah membeli Podolski, Giroud and Cazorla atau mungkin pengurusan dalaman Arsenal yang nak sangat jual mamat ni.

Cuba kita perhatikan bila dengar berita saja kelab Barcelona ingin membeli salah satu pemain Arsenal aku melihat Arsene Wenger tidak mampu menghalang.. macam ada sesuatu pakatan pulak aku tengok..

Sebagai Fan Arsenal selalu kau org tgk gaya RVP yang selalunya menjaringkan gol memakai
jersi Arsenal, skrg kau org tgk sendiri.. haakk Tuiih!!
kau ingat kau blh jadi star boleh score gol banyak kat tempat setan jahanam tuu..
 
Aku banyak dengar berita kat luar Fan Arsenal yang tak puas hati kenapa RVP sanggup pergi ke Man Utd, kenapa tak pergi main kelab luar Span ke Itali ke.. sedangkan dia tahu Man Utd adalah musuh ketat Arsenal selama ni.. (lebih bertambah poyo lah penyokong Setan kat luar sana) Puihh!!!

Dalam Pandangan aku, RVP menganggap Arsenal kini tidak mampu untuk menyakinkan dirinya mampukah musim ini The Gunner dapat bersaing merebut kejuaran 2012/2013.. kalu kita lihat musim lepas nyaris-nyaris tak dapat masuk Champions League.. Biasalah tu mungkin umur makin lanjut selama di Arsenal pun masih tidak dapat meletakkan namanya sebagai wira Arsenal memenangi sebarang kejuaran.. cuma sejarah wira banyak jaringan gol jelahh..

Aku rasa last karier Bola sepak terbaik hidupnya (RVP) semasa di pentas Antarabangsa di Piala Dunia semasa membawa Belanda ke ke final itu pun kalah dengan Sepanyol gol last minit.. Mungkin ia merasakan sudah tiba masanya dengan umurnya sekarang ia harus berhijrah ke kelab lain setelah melihat semua bekas rakannya yang keluar dari Arsenal dapat merasai nikmat kejuaran..

Arsene Wenger mungkin tiada pilihan adakah ingin menyimpan penyerang kesayangnya itu sampai habis contract walaupun kita sedia maklum RVP tetap tegar tidak akan mahu menyambung contracnya bersama Arsenal atau lebih baik jual sahaja hahahaa.. Lelong Lelong!!! Murah-murahhh!!! selagi dia (RVP) belah free macam tu je lebih baik kita jual dapat jugak duit Masyukkk!!! 

Fan Arsenal pasti tahu kenapa Arsene Wenger terpaksa menjual RVP kepada Man Utd.. bukan tak ada kelab lain yg berminat, ada jugak kelab seperti Juventus, Real Madrid, PSG, Barcelona, Inter milan, AC Milan dan paling beria-ia sekali Man City pun tumpang sekaki nak try lah konon kalau-kalau dapat RVP.. hal ni kalau nak ikutkan pada tahun lepas lagi berita ni dah berbunyi cuma hanya ting kosong je.. huhuhu

Hasilnya, banyak-banyak kelab yang berani letak harga tinggi iaitu Man Utd dengan harga (EUR) 22 juta ke 25juta ermmm.. entah lah, aku pun tak tahu mana satu harga yang betul.. Kelab lain semua tak berani mengatakan terlalu agak mahal.. bila comfirm je berita RVP lengkap penjanji dengan Man Utd, Alex Ferguson mula tak puas hati mengatakan Arsenal jual kat dia terlalu mahal lah hahahaha... Cehh Porahhh!!! habis tu kau nak sangat..

Sebenarnya banyak masalah dalaman Arsenal yang kita tidak tahu dan kenapa ramai pemain-pemain bintang Arsenal keluar satu demi satu.. lepas ni pulak kita dengar pemain lipas kudung Arsenal Theo Walcott pulak buat hal kononnya masih lagi tidak mempebaharui contract bersama Arsenal.. Arsene Wenger pun ura-ura kononnya ingin mencari pemain yang boleh menjadi penganti Walcott.. takut buat perangai macam RVP.. Aduhhh!!
Theo Walcott
Sebagai Fan Arsenal kita harapkan pemain lipas kudung The Gunner ni masih tetap kekal di Emirates.. jika nak di bandingkan dengan lipas kudung satu lagi Gervinho yang selalu kita lihat banyak larian yang cukup pantas.. tapi sayang harap laju je tapi jarang dia mengunakan otaknya bila sampai dipetak penalti lawan..

Pilihan aku jika org tua tu (Wenger) nak jugak cari penganti Wallcott.. aku cadangkan Jesus Navas player dari Span, aku dengar budak span dari kelab Sevilla FC berbadan kecik ni dalam radar Arsenal sekarang.. tak tahu lah betul ke tidak.. jika betul lah, game Arsenal akan kembali pantas, rancak dan menarik MELETOPP!!!

Kita tengok dan lihat apa perkembang seterusnya The Gunner.. lepas ni Arsenal akan menentang Liverpool di tempat lawan.. aku tak berapa nak target sangat game ni Arsenal boleh menang 50-50, Aku harapkan kemenangan dipihak The Gunner.. paling tidak seri lagi, itu pun klu ada jaringan.. huhuhuuu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...