Pages

Sunday, March 6, 2011

Gagal Rebut Peluang

ARSENER WENGER
LONDON: Arsenal menyerahkan kembali kelebihan kepada pendahulu liga, Manchester United apabila mempamerkan persembahan pincang ketika seri tanpa jaringan, kelmarin ketika menentang Sunderland yang tewas pada empat perlawanan terakhir.

Selepas kekalahan Manchester United kepada Chelsea pertengahan minggu lalu, kemenangan Arsenal akan membolehkan mereka menentukan haluan untuk merebut gelaran namun mereka mensia-siakan beberapa peluang terbaik walaupun menguasai perlawanan dan keputusan itu memaksa mereka berkongsi mata kali kedua pada musim ini.

Arsenal kini mengumpul 57 mata di tangga kedua dan akan bertemu Manchester United di Emirates pada Mei manakala Manchester City yang menewaskan kelab terbawah, Wigan Athletic 1-0 di tempat ketiga dengan 53 mata, lima mata mengatasi Chelsea yang berkunjung ke Blackpool awal pagi esok. Tottenham Hotspur di tempat kelima dengan 47 mata.

Wenger nyata berang dengan dua keputusan yang tidak berpihak kepadanya dengan menggambarkan mereka “memang mengecewakan dan tidak boleh diterima.

“Malang sekali, saya menyaksikan sesuatu yang sukar untuk diterima namun ia sebahagian daripada permainan,” katanya kepada Sky Sports.

“Kami harus menerimanya dan terus berjuang. Kami mempunyai masalah untuk mencari rentak, saya fikir ia berpunca daripada pertahanan mereka yang berkualiti dan kami kehilangan beberapa pemain di bahagian serangan,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...