Pages

Thursday, March 3, 2011

Tumpuan Liga Perdana

BENDTNER (kiri) dan CHAMAKH meledakkan gol buat Arsenal yang menewaskan Leyton Orient 5-0 awal pagi semalam.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kembali memberi tumpuan pada perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Awal pagi semalam, skuad The Gunners menempah slot ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Leyton Orient 5-0 pada aksi ulangan pusingan kelima di Stadium Emirates.

Ketika ini Arsenal memiliki kelebihan selepas pendahulu liga, Manchester United tewas 1-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge awal pagi kelmarin.

Skuad bimbingan Wenger itu hanya ketinggalan empat mata di belakang United dan kurang satu perlawanan.

"Bagi kami, situasi ketika ini meletakkan kami pada kedudukan yang baik dalam pemburuan kejuaraan liga.

"Jadi, tak perlu dirisaukan sangat apabila kami bertemu United nanti kerana sama ada ia berakhir dengan seri sekali pun, ia tetap baik buat kami.
Hat-trick Boy

"Segalanya kini bergantung kepada kami sendiri. Ia melibatkan sejauh mana pasukan kami dapat terus kekal konsis- ten mencatat keputusan baik. Ia yang bakal menentukan siapa juara," kata Wenger.

Sementara itu, Arsenal akan bertemu Sunderland pada aksi liga malam esok.

Pada aksi awal pagi semalam, kemenangan besar 5-0 ke atas Orient itu dicatat menerusi ledakan hatrik Nicklas Bendtner serta masing-masing satu jaringan daripada Marouane Chamakh dan Gael Clichy.

Ia sekali gus mengubat kekecewaan Arsenal setelah tewas 1-2 kepada Birmingham City pada aksi final Piala Liga di Stadium Wembley, Ahad lalu.

Arsenal bakal berdepan United di Old Trafford pada aksi suku akhir Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac ini.

"Ternyata kami cukup profe- sional. Kemenangan ke atas Orient ini penting selepas kami kecewa pada Ahad lalu.

"Kami tahu ia pasti perlawa- nan yang sukar apabila berdepan United di suku akhir nanti.

"Tetapi kami tetap memandang ke hadapan pertemuan itu dan akan fokus terlebih dahulu terhadap aksi bertemu Sunderland (esok)," kata Bendtner. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...