Wojciech Szczesny percaya Arsenal masih mampu mengejar Manchester United dalam perlumbaan untuk gelaran Liga Premier, meskipun seri diminit akhir tambahan dengan Liverpool. |
Pertembungan di White Hart Lane itu mempunyai persamaan seperti tahun lalu apabila Spurs meraih mata penuh ketika mereka mengejar kelayakan Liga Juara-Juara yang menyaksikan keputusan itu memberi kesan terhadap peluang skuad bimbingan Arsene Wenger untuk menamatkan saingan di tempat teratas.
Skuad bimbingan Wenger itu perlu bangkit kali ini selepas melepaskan gol penyamaan pada lewat permainan ketika menentang Liverpool, Ahad lalu yang menyebabkan mereka ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester United dengan berbaki enam perlawanan.
Szczesny yang kembali daripada kecederaan jari untuk perlawanan menentang Liverpool berkata: “Sudah tentu kami tetap percaya mampu memenangi kejuaraan.
“Kami masih perlu menentang United dan mereka juga perlu melawan Chelsea. Mereka akan keciciran mata dan kami percaya cukup bagus untuk menang pada setiap baki perlawanan.
Tidak terdaya untuk menghalang |
“Keputusan seri itu adalah kekecewaan besar kerana dengan berbaki satu minit, kami menjaringkan gol yang sepatutnya menjadi gol kemenangan. Kami semua sedih.
“Penalti diperoleh lawan itu sesuatu yang menyedihkan, tidak kira sama ada ia sepatutnya penalti atau sebaliknya. Kami amat memerlukan kemenangan untuk meneruskan tekanan ke atas United.”
Persembahan Arsenal merosot sejak tewas pada final Piala Liga dan pasukan yang mereka tewaskan sejak itu hanyalah Leyton Orient dalam saingan Piala FA dan Blackpool. - AFP
No comments:
Post a Comment