Pages

Saturday, February 19, 2011

Barcelona masih pasukan pilihan..












LONDON - Arsene Wenger tetap merendah diri meskipun Arsenal menang 2-1 ke atas Barcelona pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Pengurus skuad The Gunners itu berkata, Barcelona masih lagi dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi kedua di Nou Camp pada 8 Mac ini.

"Kami (Arsenal) bukan sebuah pasukan pilihan tetapi apa yang lebih penting adalah kami percaya kami masih mempunyai peluang untuk mara ke separuh akhir dan kami akan melakukan yang terbaik untuk merealisasikannya.

"Selepas perlawanan hari ini (awal pagi semalam) kami tahu yang kami mampu menewaskan Barcelona yang mana kami tidak merasainya pada saingan musim lalu.

"Keputusan ini juga memberikan kami harapan untuk sekali lagi mencatat kemenangan ke atas Barcelona.

"Kami sedar ia pasti akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami akan membuat persiapan yang rapi bagi menghadapinya," jelas Wenger.

Pada aksi tersebut, Barcelona terlebih dahulu berada di depan apabila penyerang Sepanyol, David Villa membuka tirai jaringan pada minit ke-26.

Bagaimanapun, Robin Van Persie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 sebelum Andrei Arshavin muncul wira apabila menyumbang gol kemenangan buat The Gunners lima minit kemudian.

Dalam pada itu, Wenger turut mengaku bahawa dia berasa bimbang dengan kelibat penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi sebelum perlawanan itu bermula.

"Siapa yang tidak bimbang dengan kehebatan Messi? Apabila kami berdepan Barcelona, Messi merupakan ancaman kepada kami dan ternyata ia merupakan tugas yang sukar bagi mengekang pergerakannya," kata Wenger. - AFP

Berani Mati..

LONDON: Arsene Wenger tegas menyatakan Barcelona tetap pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara walaupun Arsenal berjaya bangkit untuk melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas kelab gergasi Sepanyol itu, semalam.

Jaringan Robin van Persie dan Andrey Arshavin pada 12 minit terakhir perlawanan memastikan kemenangan bergaya Gunners selepas sebahagian besar pertemuan itu dikuasai Barcelona yang mendahului tuan rumah menerusi David Villa.

Robin van Persie meraikankan gol yang cukup menarik
Kelebihan Arsenal itu menghidupkan peluang kelab Liga Perdana Inggeris itu layak ke suku akhir walaupun masih perlu mengharungi perlawanan kedua di Nou Camp.

Tapi ketika Wenger yakin Barcelona pasukan pilihan, beliau juga percaya anak buahnya akan bermain cemerlang di tempat lawan, 8 Mac ini.

“Kami bukan pilihan,” kata Wenger. “Namun, yang penting kami perlu percaya kepada diri sendiri dan perlu merebut peluang yang ada. Barcelona tetap pilihan.

Tapi selepas malam ini, kami sedar mampu menewaskan mereka. Kami tidak tahu hakikat itu tahun lalu.”

Wenger merujuk kepada pertemuan suku akhir menentang kelab sama yang menyaksikan Barcelona menang 4-1 pada perlawanan kedua dan agregat 6-3 pada musim lalu.

“Pertemuan malam ini memberi peluang kepada kami untuk ke Barcelona dengan yakin. Perlawanan itu pasti sukar tapi kami akan bersedia dan bermain seperti biasa,” kata Wenger.

Andrey Arshavin - meraikan gol kemenangan untuk melunturkan ego Barcelona
“Ia menaikkan semangat pemain. Mereka menunjukkan prestasi membanggakan dan semangat berpasukan yang baik pasti menghasilkan keputusan yang diingini.”

Kemenangan Arsenal turut membuktikan Wenger serius mahu melakukan serangan terhadap mana-mana lawan selepas ini.

Ketika ramai menyatakan satu-satunya cara untuk menewaskan Barcelona ialah dengan serangan balas, anak buah Wenger pula mengamalkan corak berani mati dengan melakukan serangan seperti biasa dan tidak terlalu menumpukan kepada pertahanan.

Di Emirates awal pagi semalam, walaupun gagal menguasai bola lebih lama, mereka tetap cuba menyerang selain serangan balas pantas.

Ketika wisel penamat ditiup, Arsenal masih lagi mempunyai dua penyerang iaitu Nicklas Bendtner dan van Persie sambil dibantu pemain tengah seperti Samir Nasri, Cesc Fabregas, Jack Wilshere dan Arshavin.

“Saya tidak mahu bertahan,” kata Wenger ketika menerangkan sebab mengapa beliau mengambil risiko dengan menggantikan Alex Song dengan Arshavin ketika Arsenal ketinggalan 1-0.

“Kami perlu menjaringkan dua gol. Saya hanya mempertaruhkan nasib - ia mungkin mengakibatkan kami kalah 2-0 atau 3-0 tetapi ia berhasil.

“Saya bangga dengan Arsenal malam ini kerana semua pemain mahu diturunkan dan keputusan ini akan mengubah tahap kepercayaan kami.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...