Pages

Tuesday, February 15, 2011

Arsenal vs Barcalona


LONDON: Hanya permainan terbaik Arsenal mampu mencerahkan peluang mereka untuk menewaskan Barcelona awal pagi esok ketika kedua-dua pasukan hebat itu bertemu di kancah bola sepak Eropah.

Pasukan gergasi Inggeris itu menyambut ketibaan pendahulu liga Sepanyol di utara London dan berusaha memadamkan ingatan musim lalu apabila Barcelona menyingkirkan kelab dibimbing Arsene Wenger itu dengan agregat 6-3.

Biarpun Barcelona menjadi pilihan ke suku akhir, Wenger percaya pasukannya memperoleh pelajaran berguna daripada kekalahan itu dan tampil lebih bertenaga 10 bulan selepas itu.

“Jika menentang pasukan seperti Barcelona, anda perlukan 11 pemain dalam keadaan terbaik. Bagi kami, penting untuk bermain dengan penuh keyakinan.

“Kami terlalu menghormati mereka. Meskipun kami bukan pasukan pilihan pada perlawanan ini tetapi kami boleh melakukannya.

“Yang penting kami perlu bermain di tahap terbaik. Mungkin Barcelona lebih baik musim ini tetapi begitu juga kami. Itu yang membuatkan perlawanan ini semakin menarik,” katanya.

Wenger bagaimanapun percaya kehadiran Robin Van Persie yang terlepas perlawanan tahun lalu dan Cesc Fabregas, yang tidak beraksi pada perlawanan kedua pasti membawa perbezaan buat pasukannya pada perlawanan itu.

Van Persie menjaringkan dua gol ketika Arsenal menewaskan Wolves pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu dan prestasi penyerang Belanda itu menjadi taruhan Wenger untuk perlawanan terhebat tahun ini.

“Van Persie mengambil masa untuk kembali ke prestasi semasa tetapi kini dia dalam keadaan terbaik,” kata Wenger.

“Kami berdepan perlawanan ini dengan keadaan lebih baik berbanding tahun lalu dan Robin sebahagian daripadanya. Sebelum ini kami kurang yakin. Kami kini semakin matang, dan secara teknikalnya mampu bersaing dengan mereka,” katanya.

Arsenal juga bakal diperkuat kehadiran semula Samir Nasri. Wenger dilapor bakal menurunkan pemain Perancis yang sebelum ini dijangka tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan hamstring bulan lalu. - AFP

Arsenal mahu 'rantai' Messi 

Walcott nak kuci messi dengan rantai paling besar
LONDON - Bintang Arsenal, Theo Walcott yakin dia dan rakan-rakan sepasukannya mampu menyekat Lionel Messi pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona di Emirates awal pagi esok.

Messi meledak keempat-empat gol Barcelona ketika menewaskan Arsenal 4-1 musim lalu untuk kelab Sepanyol itu melangkah ke separuh akhir.

"Kami mampu melakukan yang lebih baik berbanding musim lalu. Kami tak boleh lakukan kesilapan lagi.

"Messi ternyata cukup hebat. Jadi kami perlu menyekatnya kerana dia adalah tonggak utama Barcelona. Kami harap dapat belajar daripada kesilapan lalu.

 Lionel Mess
"Kami kini sudah mendapat pengalaman dan barisan kami musim ini lebih baik. Jadi kami akan turun berdepan Barcelona dengan lebih yakin," kata Walcott.

Sementara itu, penyerang Barcelona, David Villa tidak risau dengan tumpuan lebih yang mahu diberikan pemain-pemain Arsenal terhadap Messi.

"Memang Messi cukup berbahaya. Tapi jika Arsenal sekadar berusaha mahu menyekat pergerakan Messi, ia pasti akan membuka ruang buat pemain-pemain Barcelona yang lain.

"Apa pun, Barcelona dan Arsenal merupakan dua pasukan yang mempamerkan corak permainan terbaik di Eropah. Jadi pertembungan ini bakal menjadi salah satu perlawanan terhebat di dunia," ujar Villa.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pula menambah: "Arsenal mempunyai sesuatu yang mahu mereka buktikan. Jadi kami perlu berhati-hati." - Agensi

Fabregas mahu rakan usah terlalu hormati Barcelona
 
Fabregas tidak akan sesekali menghormati barcalona
LONDON: Tidak syak lagi Arsenal begitu memuja Bercelona tetapi mereka perlu mengetepikannya daripada ingatan jika ingin menewaskan juara Sepanyol itu pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, awal pagi esok.

Cesc Fabregas, pemain paling berpengaruh di Arsenal kini mempertajamkan kemahiran untuk menentang Barcelona yang ditinggalkannya ketika berusia 16 tahun.

“Mereka pasukan terbaik dunia dan tugas berat bagi kami tetapi kami akan lakukan yang terbaik,” kata Fabregas menjelang perlawanan yang pastinya membuatkan penyokong begitu teruja.

Ditanya mengenai pengajaran apabila pasukan mereka tewas 6-3 kepada kelab Sepanyol itu di suku akhir musim lalu, Fabregas berkata, pengalaman itu tidak begitu berguna.

“Mereka pasukan yang bagus, mempunyai ramai pemain berkualiti yang mampu mencipta kejutan. Mereka begitu hebat tahun lalu, berjaya mencuri ruang ketika kami menguasai permainan dan cukup bijak,” katanya.

Tidak mengejutkan apabila Fabregas begitu memuja Nou Camp tetapi pengurusnya, Arsene Wenger juga melihat pasukan itu yang pernah menewaskan mereka pada final 2006 sebagai contoh pasukan bola sepak terhebat.

Pasukan ideal yang diinginkan Wenger masih kekurangan pemain yang mempunyai sentuhan berbisa, visi hebat dan mampu melakukan hantaran sepanjang permainan seperti mana yang dilakukan Barcelona.

Corak permainan Arsenal yang sukar dibaca, kadangkala mencukupi untuk membolosi mana-mana pertahanan pasukan Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun, Wenger menerima pengajaran berguna pada musim lalu selepas pasukannya berdepan lawan dengan taktik serupa tetapi mempunyai penyerang hebat yang mampu menyempurnakan gerakan dengan lebih tepat pastinya menghidangkan situasi lebih sukar buat pasukan itu. – Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...