Pages

Saturday, February 12, 2011

Tiada sebarang kecederaan

Arsene Wenger
LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger menanti pertembungan dengan Wolves di Emirates malam ini dengan perasaan lega.

Untuk permulaan, 11 pemainnya yang kembali daripada tugasan antarabangsa daripada perlawanan persahabatan pada pertengahan minggu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keduanya, kebangkitan Newcastle ketika Arsenal mendahului 4-0 selepas setengah jam untuk mencatatkan keputusan seri 4-4 kelihatan tidak memberi kesan terhadap keyakinan pasukannya.

Pemain tengah Jack Wilshere hadir selepas kemenangan 2-1 England ke atas Denmark pada penampilan pertamanya untuk tempoh 90 minit perlawanan dengan pujian daripada jurulatih, Fabio Capello masih kedengaran di telinganya.

Manakala Theo Walcott yang turut bermain baik untuk England pada Rabu lalu berkata sebarang kekecewaan Arsenal akibat daripada keputusan seri dengan Newcastle sudah dikurangkan dengan kemenangan pasukan yang sedang bergelut dengan penyingkiran, Wolves ke atas Manchester United.

Kekalahan United itu memastikan Arsenal hanya ketinggalan empat mata di tempat kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...