Pages

Saturday, February 12, 2011

Real sedia melabur untuk Fabregas

FABREGAS masih berada dalam senarai buruan Real Madrid.


MADRID - Real Madrid kini bersedia untuk membelanjakan £50 juta (RM245 juta) bagi mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Cesc Fabregas pada saingan liga musim depan.

Menurut laporan, Fabregas yang sebelum ini dikaitkan akan berhijrah ke Barcelona kini menjadi matlamat utama The Galaticos untuk membawanya masuk ke Santiago Bernabeu.

Sekiranya menjadi kenyataan, Real bakal melepaskan penyerang Perancis, Karim Benzema kepada Arsenal sebagai pertukaran.

Ternyata, nilai tawaran yang akan dibuat Real itu lebih lumayan jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan Barcelona bagi mendapat Fabregas awal saingan musim ini.

Sebelum ini, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berjaya memenangi persaingan diantara kelabnya itu dengan Barcelona berhubung isu perpindahan peracang antarabangsa Sepanyol itu ke Nou Camp.

Bagaimanapun, ketika itu, Fabregas ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu meninggalkan The Gunners bagi kembali pangkuan kelab asalnya sewaktu remaja.

"Saya merupakan salah seorang penyokong Barcelona. Saya merupakan salah seorang daripada kelab tersebut sama seperti datuk saya, pak cik saya dan juga sepupu saya. Saya adalah Catalan," jelas Fabregas - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...