Pages

Sunday, March 13, 2011

kempunan Lagi..

LONDON - Hajat di hati mahu merangkul empat piala musim ini, namun malangnya satu demi satu hasrat menggunung Arsenal itu semakin jauh daripada jangkauan.

Selepas terlepas Piala Liga dua minggu lalu diikuti tersingkir di pusingan kedua Liga Juara Juara, minggu lalu, skuad bimbingan Arsene Wenger itu terus menggigit jari apabila tersingkir pula daripada kempen Piala FA, kelmarin.

Kekalahan 0-2 kepada Manchester United di peringkat suku akhir itu menyebabkan Arsenal kini tinggal satu trofi untuk diburu iaitu kejuaraan Liga Perdana England.

Paling kecewa dengan kekalahan itu sudah pastinya Wenger yang menyifatkan, segala-galanya seperti tidak menjadi buat Arsenal sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak salahkan pemain yang telah menunjukkan keupayaan terbaik tetapi apa yang dilakukan serba tidak kena sahaja.

"Mungkin mereka terbawa-bawa kekalahan kami kepada Barcelona (pada pusingan kedua Liga Juara-Juara) yang banyak mempengaruhi keyakinan pemain.

"Namun, saya percaya ini adalah ujian terbaik buat pemain untuk memburu kejuaraan liga," tegasnya.

Ternyata tiga kekecewaan dalam tempoh dua minggu sukar untuk diterima pemain Arsenal yang sentiasa mengasak sepanjang perlawanan tetapi mendapati tujuh pemain pertahanan yang diturunkan United sukar ditembusi.- Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...