Pages

Thursday, March 10, 2011

Fergie gerun Arsenal..

Alex Ferguson gerun dengan Arsenal
PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson (gambar) berkata Arsenal sudah "mengubah susunan hirarki" selepas muncul sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di depan pasukan seperti Chelsea, Tottenham dan Manchester City.

Ferguson, bercakap buat kali pertama selepas memboikot media berikutan kekalahan 1-3 di tangan Liverpool Ahad lalu, berkata pasukan kendalian Arsene Wenger itu berjaya memperbaharui permusuhan yang wujud antara kedua-dua kelab itu apabila mereka secara rutin dianggap sebagai dua pasukan yang mampu menjulang kejuaraan.

Berikutan kekalahan di Anfield, Red Devils kini hanya tiga mata di depan dan bermain lebih satu perlawanan berbanding pencabar terdekat mereka.

Kedua-dua pasukan itu juga bertemu pada suku akhir Piala FA Inggeris, malam esok, menyebabkan Ferguson berminat untuk menilai persembahan Gunners.

Arsenal masih mencari penawar duka setelah kekalahan ditangan Barcelona dan kini beralih arah menumpukan perhatian Piala FA Cup yang tinggal utk bertemu musuh tradisi Man.Kayuu di Suku Akhir
Ferguson berkata: "Musim lalu mereka (Arsenal) merudum sekitar tempoh Februari hingga Mac untuk meninggalkan Chelsea dan kami dalam perebutan dua penjuru yang menyaksikan kami dikalahkan dengan satu mata.

"Saya fikir kebanyakan pengulas sukan menjangkakan sesuatu yang sama musim ini, termasuk cabaran daripada Spurs dan Manchester City untuk menjadikannya lebih sukar buat Arsenal untuk kembali ke puncak.

"Namun Arsene Wenger dan pemainnya berjaya mengubah susunan hirarki untuk mencabar dan menghuni tangga kedua.

"Jelas mereka adalah cabaran utama buat kami untuk meraih impian kami dan saya yakin mereka juga menganggap kami sebagai pencabar utama yang mampu menjejaskan harapan mereka." Bagi perlawanan menentang Liverpool, pengendali berbangsa Scotland itu menganggap United berhak kalah di tangan musuh mereka itu

"Saya tidak ada sebarang alasan bagi persembahan buruk di Liverpool, yang jelas pasukan yang lebih bagus dan berhak untuk menang," kata Ferguson.

"Saya kecewa kerana kami tidak mempamerkan aksi ke tahap yang saya jangkakan." - Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...