Obafemi Martins (biru) dengan memenjamkan mata sahaja mudah menolak masuk atas kesilapan Koscielny yang hanya mampu menghulurkan kakinya sahaja.. |
Pengurus Gunners, Arsene Wenger berkata, pemain pertahanan tengah Perancis itu dan rakan sepasukannya berbangsa Poland terbabit dalam salah faham yang membolehkan Birmingham City menang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Wembley, Ahad lalu.
Koscielny cuba untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya berikutan percubaan Nikola Zigic tetapi dilihat teragak-agak dan bola itu kemudian terkena Szczesny sebelum singgah di kaki Obafemi Martins, yang mudah menolak masuk ke pintu gol yang terbuka.
Wenger memerhatikan pemainnya secara dekat di padang latihan sejak kesilapan yang tidak sepatutnya itu dan berasakan Koscielny mengambil masa yang agak lama untuk memadamkan kekecewaan itu.
KOSCIELNY - wajah perasaan kecewa dengan tindakan bodoh beliau |
“Saya sudah bercakap kepada mereka, tidaklah terlalu lama,” katanya kepada Arsenal TV. “Lebih kepada Laurent Koscielny kerana jelas dia lebih terjejas.
“Anda perlu realistik, meng analisis secara realistik apa kesilapan anda.
Tapi, Koscielny adalah seorang pemain hebat buat kami sejak permulaan musim jadi adalah penting dia mengekalkan tahap keyakinannya dan dia mendapat galakan.
“Kami tidak mahu keyakinannya merudum kerana dia melakukan kesilapan itu, dia amat marah mengenainya.
Kami juga patut membuktikan bahawa kami menyokongnya dan kami percaya dia seorang pemain pertahanan yang fantastik.
“Wojciech lebih ok, ia lebih kepada salah faham. Kerana pada saat terakhir, Koscielny tidak meneruskan usahanya untuk mengeluarkan bola lantaran dia nampak Wojciech mara ke depan. Kemudian dia teragak-agak dan teragak-agak itulah yang membawa padah terhadap kami.” - Metro
No comments:
Post a Comment