Kemenangan itu meletakkan skuad The Gunners kendalian Arsene Wenger di tangga kedua, ketinggalan tujuh mata di belakang United dan beraksi kurang satu perlawanan.
Dalam kunjungan ke Bloomfield Road, Wenger membuat kejutan dengan menurunkan penjaga gol berusia 41 tahun, Jens Lehmann dalam kesebelasan utama sejak kembali menyertai kelab itu manakala Manuel Almunia di bangku simpanan.
Abou Diaby menolak mudah bola untuk gol pembukaan The Gunners |
Babak pertama dikuasai Arsenal sepenuhnya apabila mendahului pada minit ke-18 menerusi tolakan mudah pemain tengah, Abou Diaby selepas mendapat hantaran lintang penyerang Belanda, Robin Van Persie.
Gawang tuan rumah sekali lagi dibolosi tiga minit kemudian, kali ini menerusi larian pantas pemain pertahanan kanan, Emmanuel Eboue yang meloloskan diri ke kawasan penalti Blackpool selepas mendapat umpanan Jack Wilshere sebelum merembat melepasi jangkauan Richard Kingson.
Bagaimanapun deretan peluang disia-siakan Arsenal terutama Van Persie yang sekadar melihat rembatan leretnya mudah ditangkap Kingson di minit ke-32 sebelum sepakan Samir Nasri terkena tiang membuatkan Wenger beberapa kali bangun dari tempat duduk sebagai reaksi kecewa dengan sentuhan penyudah itu.
Gary Taylor-Flether menolak bola masuk selepas Campbell dijatuhkan |
Kesilapan tuan rumah yang ghairah mengasak memburu gol penyamaan memakan diri sendiri apabila The Gunners meraih gol ketiga di minit ke-76 hasil serangan pantas yang digerakkan pemain gantian Theo Walcott di bahagian tepi untuk Van Persie mencetak nama sebagai penjaring selepas terlepas beberapa peluang terbaik sebelum itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment