Pages

Tuesday, June 28, 2011

Pemindahan bermula untuk Cahill..

Hampir selesai: pembincangan antara Bolton dan Arsenal untuk Gary Cahill
Defender Gary Cahill kelihatan bersedia untuk menjadi bakal pemain Arsenal selepas muncul laporan bahawa pengurus Arsene Wenger telah membuka rundingan dengan pegawai-pegawai Bolton.

Wenger telah dikaitkan dengan Cahill sejak Januari lalu kerana kekurangan pertahanan di Emirates, bermakna pemain antarabangsa England itu mungkin sentiasa menjadi kegemarannya.

Jurulatih berasal dari Perancis itu sendiri mengakui bahawa pertahanan adalah satu kawasan yang penting untuk kelabnya dalam mengukuhkan keperluan musim panas ini.

Pertahanan Blackburn, Chris Samba mungkin diilhamkan sebagai rakan gandingan untuk Cahill, atau pun pemain Everton, Phil Jagielka.

Permindahan untuk Cahill ke Arsenal mungkin menelan kos belanja £17 juta, dengan angka itu difahami telah ditulis didalam kontrak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...