Pages

Friday, August 12, 2011

Fabregas dan Nasri bakal keluar..

Nasri telah dikaitkan ke Manchester City bakal keluar dulu berbanding Fabregas
LONDON: Samir Nasri berkemungkinan besar berpindah lebih awal berbanding Cesc Fabregas ketika Arsene Wenger semakin hampir kehilangan dua bintangnya dalam tempoh 48 jam.

Barcelona dilapor semakin hampir mengikat Fabregas tapi laporan terbaru mendakwa Nasri mungkin menandatangani kontrak dengan Manchester City.

City yakin dengan tawaran 22 juta (RM106.4 juta) untuk memperoleh khidmat Nasri, hari ini manakala Arsenal pula mungkin memiliki lebih 50 juta (RM241.9 juta) andai Fabregas sah berpindah ke Barcelona hujung minggu ini.

Meskipun Wenger sebelum ini berharap dapat memujuk Nasri kekal di Emirates, beliau kini sudah hampir menyerah kalah akan kehilangan pemain utama keempatnya kepada City.

Kehadiran Nasri mungkin akan diumum secara rasmi dalam tempoh 48 jam dan mungkin disenarai untuk penampilan sulungnya pada pertemuan menentang Swansea, Isnin ini.- Agensi

Fabregas hampir pasti ke Barca

Fabregas akan melengkapkan impian keluarganya akan berhijrah ke Barcelona
FABREGAS semakin nekad mahu meninggalkan Emirates bagi merealisasikan impiannya beraksi dengan Barcelona.

LONDON - Cesc Fabregas kini di ambang kepastian untuk melengkapkan impiannya berhijrah ke Barcelona.

Namun bintang Sepanyol itu terpaksa berkorban sedikit dengan mengeluarkan wang sendiri berjumlah £4.5 juta (RM21.9 juta) bagi memastikan perpindahan tersebut dapat diselesaikan.

Arsenal dilaporkan bersetuju dengan yuran perpindahan berjumlah £35.9 juta (RM174.9 juta) yang dikemukakan Barcelona berserta wang poket Fabregas bagi membolehkan kapten Arsenal itu beraksi untuk Barcelona.

Ia merangkumi jumlah £900,000 (RM4.4 juta) setahun yang telah dipersetujui Fabregas untuk dibayar kepada Arsenal menggunakan wang gajinya selama kontrak lima tahun bersama Barcelona.

Kesemua itu terpaksa dilakukan oleh Fabregas, 24, bagi menamatkan penantian selama tiga tahunnya untuk kembali beraksi di kelab Sepanyol itu.

"Saya rasa kedua-dua mereka, Fabregas dan Nasri kemungkinan besar akan meninggalkan juga kelab ini," kata penyerang Arsenal, Marouane Chamakh".

Malam kelmarin, Fabregas telah kembali ke padang latihan Arsenal di London Colney untuk mengemas loker peribadinya di bilik persalinan.

Sebelum ini, kapten The Gunners itu tidak menyembunyikan langsung keinginannya untuk kembali ke Barcelona, kelab yang ditinggalkannya ketika berusia 16 tahun.- Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...