Pages

Sunday, February 6, 2011

Adakah misi tercapai..

Add captionArsene Wenger percaya Arsenal mampu mengekalkan impian meraih empat kejuaraan utama musim ini.










LONDON: Anak buah Wenger kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris apabila bertemu Everton, hari ini, hanya 48 jam selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Huddersfield pada pusingan keempat Piala FA sekali gus menyaksikan Gunners berada pada landasan tepat meraih empat kejuaraan musim ini.

Arsenal kekal dalam saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, bertemu Birmingham pada pentas final Piala Liga, bertemu Barcelona pada pusingan kedua Liga Juara-Juara dan bakal mengharungi perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Leyton Orient.

Bagaimanapun, dalam usaha meraih semua kejayaan itu, Arsenal pastinya berdepan masalah seperti yang dinyatakan oleh Wenger selepas Samir Nasri menderita kecederaan hamstring ketika menentang Huddersfield sehingga menyaksikannya terpaksa diketepikan untuk sekurang-kurangnya tiga minggu.

Rakan sepasukan Nasri, Denilson turut berdepan kecederaan hingga memaksa Wenger menimbang untuk mendapatkan kembali beberapa pemain muda yang dipinjamkan ke kelab lain.

Antara yang menjadi pilihannya mungkin Aaron Ramsey, Craig Eastmond, Henri Lansbury dan Jay Emmanuel-Thomas yang beraksi di Liga Kejuaraan.

“Sejarah menunjukkan situasi seperti ini sangat sukar. Kami tidak mempunyai banyak pilihan tetapi pada masa sama mahu mendapatkan kesemuanya.

“Apabila berada pada tahap kemuncak, amat penting mempunyai barisan pemain terbaik,” katanya.

Manchester United kini selesa memimpin liga dengan kelebihan lima mata dan Wenger berkata, jika pasukannya gagal menewaskan Everton, Arsenal sukar meraih kejuaraan liga.

“Keputusan seri tidak cukup. Kami sedar peluang terbaik memenangi kejuaraan adalah dengan memenangi semua perlawanan di tempat sendiri. Inilah yang kami sasarkan.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...