Pages

Sunday, February 6, 2011

Arsenal layak 16 Pasukan Terakhir (FA Cup)

















LONDON: Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain, memerlukan penalti pada akhir babak yang disempurnakan Cesc Fabregas (gambar) untuk mengatasi cabaran kelab divisyen tiga, Huddersfield 2-1 sekali gus layak ke kelompok 16 pasukan terakhir Piala FA, malam tadi.

Fabregas yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua, menyempurnakan penalti pada minit ke-86 selepas Huddersfield bangkit menyamakan kedudukan.


















Jaringan Fabregas hadir selepas pertahanan Huddersfield, Jamie McCombe menjatuhkan Nicklas Bendtner di dalam kotak penalti.

Gunners yang kehilangan Sebastien Squillaci akibat kad merah sebelum babak pertama tamat, mendahului pelawat hasil jaringan sendiri Peter Clarke pada minit ke-22.

Huddersfield menyamakan kedudukan menerusi tandukan Alan Lee pada minit ke-66 sekali gus memberi gambaran betapa Arsenal terpaksa mengharungi perlawanan ulangan pusingan keempat.

Arsenal mulanya kelihatan selesa dengan melakukan banyak hantaran tanpa kerap dicabar pemain Huddersfield si sebahagian besar babak pertama.


















Huddersfield memulakan babak kedua dengan positif dan mereka mula mengasak kubu Arsenal yang sesekali kelihatan goyah.

Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia terpaksa melayangkan badannya untuk menyelamatkan tandukan Lee dan hasil sepakan percuma, Huddersfield hampir menjaringkan gol menerusi rembatan Joey Gudjonsson.

Pada minit ke-66, kesabaran Huddersfield berbaloi apabila Lee melompat tinggi untuk melakukan tandukan hasil sepakan percuma yang diambil Anthony Pilkington.

Sejurus selepas jaringan itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menggantikan Abou Diaby dengan Fabregas dan Gunners mula kelihatan lebih teratur. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...