Pages

Tuesday, February 22, 2011

Arsenal perlu lebih masa..

Asener Wenger
LONDON: Skuad bimbingan Arsene Wenger, Arsenal tidak memiliki masa mencukupi untuk pulih daripada kejutan keputusan seri ketika menentang pasukan divisyen tiga, Leyton Orient dalam pusingan kelima Piala FA, Ahad lalu.

Justeru, Arsenal kini berdepan kesukaran kerana terpaksa menghadapi lebih banyak perlawanan dalam empat kejuaraan.

Mereka akan melayan kunjungan Stoke City ke Stadium Emirates, awal pagi esok dalam saingan Liga Perdana dan anak didik Wenger perlu mencuri peluang untuk mencipta kemenangan.

Wenger melakukan 10 pertukaran pemain yang menewaskan Barcelona di Liga Juara-Juara kerana yakin barisan keduanya mampu mengatasi Leyton.

Keputusan seri bermakna, mereka perlu berdepan jadual perlawanan yang lebih ketat.

Arsenal perlu bersedia sepenuhnya dari segi fizikal apabila menentang Stoke terutama selepas pemain lawan, Ryan Shawcross melakukan terjahan keras sehingga pemain remaja Arsenal, Aaron Ramsey patah kaki.

Justeru, Wenger tidak malu untuk memainkan isu itu dan menyifatkan Stoke mengamalkan corak permainan keras yang biasanya dilihat dalam sukan ragbi.

Jika gagal meraih kemenangan, Arsenal terpaksa mengakui mereka akan ketinggalan dengan jurang mata lebih besar berbanding pendahulu liga, Manchester United.

Sementara itu, Gunners juga perlu mempersiapkan pasukan untuk menamatkan kemarau gelaran selama lima musim kerana mereka akan beraksi di final Piala Liga menentang Birmingham City di Stadium Wembley Ahad ini. - AFP

1 comment:

  1. nk perlukan masa berapa lame lagi wenger dah 6 tahun peminat bersabar..,,persoalan bile???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...