Pages

Tuesday, February 22, 2011

Wenger tabik kehebatan Tehoue

TEHOUE muncul wira Orient selepas meledakkan gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan Arsenal pada pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam.

Arsener Wenger
LONDON - Arsene Wenger mengakui dia langsung tidak mengenali pemain yang menjaringkan gol penyamaan ketika Arsenal seri 1-1 dengan Leyton Orient pada pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Matchroom itu, skuad The Gunners terlebih dahulu di depan selepas perancang Republik Czech, Tomas Rosicky membuka tirai jaringan pada minit ke-53.

Begitupun, pemain gantian Orient, Jonathan Tehoue yang masuk menggantikan Scott McGleish tidak menghampakan apabila berjaya mengikat kedudukan pada lewat babak kedua perlawanan.

Keputusan itu telah memaksa kedua-dua kelab tersebut beraksi dalam satu perlawanan ulangan yang akan berlangsung di Stadium Emirates pada 2 Mac depan.

Tehoue (kiri) ajak the gunners buat perhitungan di Emirates kali kedua
Pemenang pada perlawanan itu nanti bakal turun berdepan Manchester United yang terlebih dahulu telah mengesahkan slot beraksi di peringkat suku akhir selepas menewaskan Crawley Town 1-0 pada aksi pusingan kelima Sabtu lalu.

"Saya langsung tidak mengenalinya (Tehoue). Saya melihat kelibatnya ketika dia dibawa masuk pada babak kedua perlawanan.

"Saya juga tidak mengetahui langsung mengenai latar belakang pemain tersebut," kata Wenger.
Berbeza ketika The Gunners menewaskan Barcelona dalam aksi pertama pusingan kedua saingan Liga

Juara-Juara minggu lalu, Wenger telah melakukan 10 pertukaran dalam kesebelasan utamanya.

Denilson (kanan) telah dihalang oleh Tehoue
Lebih menarik, Wenger yang sebelum ini cukup terkenal dengan sikapnya yang tidak suka memuji persembahan pemain pihak lawan terpaksa akur dengan semangat juang yang dipamerkan Orient.

"Inilah lumrah dalam bola sepak. Saya percaya pemain-pemain telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan saya tidak boleh menyalahkan mereka dari aspek tersebut.

"Namun, pujian seharusnya diberikan kepada barisan pemain Orient yang tidak mudah berputus asa bagi menjaringkan gol," jelas Wenger.

Sementara itu, pengurus Orient, Russell Slade ternyata kagum dengan aksi yang dipamerkan Tehoue apabila berjaya menyamakan kedudukan buat kelab tersebut hanya selepas dibawa masuk pada babak kedua.

"Selepas ketinggalan 0-1 di tangan Arsenal, segala-galanya nampak seperti sudah berakhir buat kami (Orient). Namun, gol yang dicari-cari akhirnya menjelma dan ia tepat pada waktunya.

"Kesemua lapan gol yang dijaringkan Tehoue dalam saingan musim ini berlaku pada minit ke-85 dan ke atas.

Dia merupakan super sub terbaik kami dan senjata utama paling berbahaya kami," kata Slade. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...