Pages

Thursday, March 24, 2011

Fabregas kembali..

Fabregas berharap ia dapat diturunkan beraksi bertemu Blacburn dua April nanti.
Kapten Arsenal Cesc Fabregas ingin keluar dari musim kecederaan untuk kembali cergas setelah mengalami masalah sama baru baru ini.

Pemain tengah Sepanyol tidak bermain sejak Liga Champion UEFA sejak kekalahan pusingan kalah mati kedua di Barcelona awal bulan Mac, apabila mengalami kecedera lama hamstring.

Fabregas kembali berlatih minggu ini memberi sinar gembira dalam kem Arsenal, ia berharap dapat beraksi selepas perlawanan international nanti apabila Arsenal bertemu Blackburn di stadium Emirates.

"Semuanya kembali baik dan ok," itu lah kata-kata pemain 23 tahun di dalam live video di Twitter.

"Saya nak berkata benar disini Ini merupakan musim aneh bagi saya dengan kecederaan saya alami dan saya ingin kembali lebih kuat dan cergas dari sebelumnya dan ianya tidak akan berlaku lagi”.

"Mudah-mudahan anda akan melihat saya beraksi melawan Blackburn nanti”.

Kembalinya kapten Arsenal itu akan memberi inpirasi dan dorongan utama bagi pengurus Arsenal Arsene Wenger, yang berharap kecederaan pergelangan kaki striker Denmark Nicklas Bendtner tidak terlalu serius.

Bendtner terhencut hencut keluar dari sesi latihan pada hari Rabu di Helsingor selepas diletakkan ais ke pergelangan kakinya apabila mengalami kecederaan sebelum dibawa kembali ke hotel pasukan.- skySPORTS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...