Pages

Monday, April 4, 2011

Gagal rebut peluang..

WENGER menunjukan wajah kecewa apabila pasukannya seri tampa jaringan ditempat sendiri
LONDON: Impian Arsenal untuk mencabar kejuaraan semakin tipis ketika Gunners makin jauh daripada pendahulu Manchester United selepas dipaksa seri 0-0 menentang Blackburn, kelmarin.

Pasukan kendalian Arsene Wenger hadir ke pertembungan di Stadium Emirates itu menyedari mereka perlu menang jika mahu terus mencabar kejuaraan.

Pasukan utara London itu mungkin gembira mendapat tahu West Ham mendahului United 2-0 pada babak pertama. Namun keupayaan United untuk mengatasi krisis kecederaan jauh berbeza dengan kelemahan mental Arsenal dan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu bangkit untuk menang 4-2, manakala anak buah Wenger gagal mengalahkan Blackburn yang beraksi dengan 10 pemain apabila Steven N'Zonzi dibuang padang lewat perlawanan.

Arsenal kini tujuh mata di belakang United dengan bermain kurang satu perlawanan dan kejuaraan bagaikan sukar untuk digenggam lagi.

Jelas Arsenal pasukan jauh berbeza daripada pasukan yang hanya sebulan lalu mara ke perlawanan akhir Piala Liga menentang Birmingham dengan impian menggunung memenangi empat trofi kejuaraan.

Sebaliknya, mereka tumpas di tangan Birmingham dan kemudian kecundang di tangan Barcelona pada Liga Juara-Juara Eropah serta Piala FA kepada United. Ia tempoh mengecewakan buat Wenger, kini kemarau kejuaraan mencecah enam tahun.

Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott agak lantang dalam akhbar Inggeris kelmarin apabila dia mendakwa pasukannya boleh memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Walcott kelihatan sebagus apa yang diperkatakannya, apabila dia memulakan perlawanan dengan larian deras di sayap kanan namun semuanya tidak menjadi buat Gunners yang bergelut untuk membolosi pintu gol Blackburn. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...