Pages

Tuesday, April 5, 2011

Arsenal masih mampu - Van Persie

Doa: Robin van Persie berharap bahawa Manchester United akan keletihan ketika mereka datang untuk bermain Arsenal di Emirates
LONDON: Robin van Persie percaya Arsenal masih boleh memenangi Liga Perdana Inggeris dan berharap kempen Liga Juara-Juara Eropah akan memberi kesan negatif terhadap Manchester United.

Impian Arsenal untuk merebut kejuaraan bagaikan di hujung tanduk kini berikutan keputusan seri 0-0 di gelanggang sendiri menentang Blackburn Rovers, Sabtu lalu yang menyebabkan anak buah Arsene Wenger ketinggalan tujuh mata di belakang United.

Gunners bagaimanapun bermain kurang satu perlawanan dan akan menanti kunjungan United ke Stadium Emirates bulan depan.

United turut berdepan pencabar domestik Chelsea pada suku akhir Liga Juara-Juara dan Van Persie mahu Arsenal mengambil kelebihan berikutan kepenatan kem Red Devils.

“Apa yang saya lihat United berdepan dua perlawanan besar sebelum mereka bertemu kami,” kata Van Persie.

“Harapnya mereka akan kepenatan dan hadir di sini kurang bermaya. Itulah yang saya lihat kerana saya mahu kami memiliki peluang besar menentang mereka.

“Kami mula bekerja keras pada Isnin (semalam) sekali lagi dan setiap orang akan positif. Kami tidak berbeza. Kami masih yakin.

“Kami masih akan bertemu mereka dan kami ada peluang untuk meraih tiga mata menerusi perlawanan itu.

“Ia terpulang kepada kami. Setiap orang kekal positif dan bercakap antara satu sama lain dan berkata 'Ayuh, kami masih ada lapan perlawanan untuk ditempuhi, main bermati-matian'. Kami akan melakukannya.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...