Pages

Saturday, April 9, 2011

Bendtner - Masih Percaya..

Nicklas Bendtner berkeras mengatakan Arsenal masih boleh mencabar Manchester United untuk gelaran Liga Premier.
The Gunners akan berharap untuk mencatat kemenangan pertama mereka sejak pertengahan bulan Februari apabila mereka berkunjung ke Blackpool pada malam ini.

Walaupun Arsenal kini ketinggalan sepuluh mata di belakang pendahulu liga, Bendtner memiliki kepercayaan penuh terhadap  rakan-rakannya dapat menunjukkan perwatakan yang sebenar diatas padang dengan hanya tinggal baki lapan perlawan untuk menamatkan musim liga premier.

Dia mengatakan kepada Arsenal TV Online: "Kami hanya harus bangkit sendiri dan selepas ini akan ada lebih banyak lagi menjadi penghalang dalam setiap  kejohanan."

"Saya sangat percaya jika kita menang semua lapan perlawanan terakhir kami akan menjadi juara, tetapi kita harus benar-benar focus memberikan segalanya diatas padang.”

"Semua orang yang benar-benar fokus ada kepercayaan dan keyakinan. Kita hanya perlu meletakkan pada tahap prestasi terbaik untuk memenangi setiap perlawan.”

Bendtner meneruskan: "Anda perlu meletakkan diri anda dalam keadaan mental yang kuat walaupun dalam kekecewaan anda harus mencapai tujuan sebenar untuk juara.”

“Apa pun kekecewaan yang mungkin berlaku, kita harus bangun dan terus berjalan kedepan.”

"Ini benar-benar menunjukan apa yang kita perlukan."

Striker dari Denmark Nicklas Bendtner, berkeras jurulatih Blackpool Ian Holloway tidak boleh dianggap mudah.

"Blackpool mempunyai beberapa hasil keputusan mengejutkan di halaman sendiri.” katanya.

"Mereka bukan pasukan yang mudah dikalahkan sehingga kita harus benar-benar serius apabila kita berkunjung ke sana untuk menentang mereka."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...