Pages

Wednesday, July 27, 2011

Fabregas akan kekal - Denilson

Pemain tengah Arsenal yang dipinjamkan, Denilson yakin kapten Gunners, Cesc Fabregas akan kekal di Emirates.

LONDON: Spekulasi tersebar luas mengenai di mana pemain tengah Sepanyol, Fabregas akan beraksi pada musim baru dengan Barcelona secara konsisten dikaitkan dengannya.

Barca terdesak untuk membawa balik pemain berusia 24 tahun itu ke Nou Camp tetapi masih belum menepati penilaian Arsenal, yang dilaporkan sekitar 40 juta (RM193 juta).

Namun Denilson, yang menghabiskan musim ini secara pinjaman di Sao Paulo, percaya Fabregas akan kekal sebagai pemain Gunners apabila kempen musim baru bermula.

“Saya fikir ia amat penting kerana penyokong, kakitangan di Arsenal, setiap orang yang sayangkan Cesc dan saya berpendapat dia akan kekal.”

Denilson, yang menyertai Arsenal pada 2006 dari Sao Paulo, meminta kembali ke kelabnya secara pinjaman musim ini untuk berada berdekatan dengan anak perempuannya berusia tiga tahun.

Namun pemain berusia 23 tahun itu mengakui dia kini rindukan Arsenal dan berharap untuk kembali ke skuad tahun depan.

“Saya rindukan London, saya rindukan Arsenal,” katanya. Saya tinggal di sana lima tahun, ia satu tempoh yang lama buat saya. Tapi saya fikir musim depan saya akan kembali.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...