Pages

Friday, July 22, 2011

Tolong Lepaskan Saya..

FABREGAS - Hasrat ingin kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya
Cesc Fabregas merayu penuh emosi kepada Arsene Wenger supaya membenarkannya menyertai Barcelona.

LONDON: Pemain tengah Sepanyol berusia 24 tahun itu membuat pendedahan terbuka betapa dia mahu meninggalkan Arsenal dan terdesak memohon Wenger supaya tidak menghalang impiannya kembali ke Nou Camp.

Fabregas yang berbincang dengan Wenger minggu ini, yakin mereka mempunyai persefahaman dan pengurus itu tidak akan menghalang pemergiannya musim panas ini selepas enggan menjualnya tahun lalu.

Barcelona menghantar satu delegasi diketuai naib presiden, Josep Maria Bartomeu ke London kelmarin untuk cuba berunding mengenai perpindahan pemain itu dalam tempoh 48 jam ini dan mengelak ‘sebarang ketegangan lanjut’ berhubung rundingan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...