Pages

Wednesday, July 27, 2011

Arsenal tampil lebih hebat

Tomas Rosicky yakin Arsenal akan tampil lebih hebat selapas melalui satu musim mengecewakan musim lalu
LONDON: Pemain tengah Republik Czech itu turut mengakui skuad The Gunners tidak akan mempersia-siakan peluang untuk kembali meraih kejayaan musim ini.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu menjadi pencabar utama untuk semua gelaran pada kempen musim 2010/11 tetapi gagal menamatkan saingan itu dengan kejayaan.

Begitupun, Rosicky yakin Arsenal akan membuka 'buku baharu' pada saingan kali ini dan menjadikan kempen musim 2011/12 sebagai satu musim yang sentiasa diingati.

"Saya fikir kami akan menjadi lebih kuat, pertama sekali dengan apa yang berlaku musim lalu. Semua pengalaman itu akan membantu kami," kata Rosicky.

"Ia sungguh mengecewakan kerana kami hampir untuk memenangi sesuatu dan dua bulan terakhir, prestasi kami tidak baik.

"Tetapi semua kesilapan ini telah memberi tekanan kepada kami kerana kami berkeupayaan untuk memenangi sesuatu.

"Ia sangat mudah, saya mahu memenangi satu trofi. Tidak peduli yang mana satu. Ia sangat mudah, apa yang kami mahu, semua para pemain, komuniti Arsenal dan peminat adalah untuk menang."

Secara teorinya, kekalahan pada final Piala Liga menjadi faktor utama kegagalan pasukan itu musim lalu.

"Apabila kami tewas pada final Piala Liga, ramai pemain berkata, ia menjadi punca segala-galanya tetapi saya tidak bersetuju dengan pendapat itu," kata Rosicky. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...