Pages

Wednesday, November 2, 2011

Wenger pertahan keputusan


LONDON - Arsene Wenger mempertahankan keputusannya untuk merehatkan Robin van Persie pada aksi Liga Juara-Juara menentang Marseille pada awal pagi semalam.

Ketiadaan penyerang berbisa Belanda itu telah menyebabkan Arsenal terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati lebih awal selepas perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Pada Sabtu lalu, van Persie mempamerkan aksi yang menakjubkan apabila meledakkan hatrik untuk membantu bersama skuad The Gunners menewaskan Chelsea 5-3 di Old Trafford.

Van Persie juga menjadi sumber inspirasi di atas kebangkitan semula Arsenal, sekali gus membaiki kedudukan pasukan itu dalam kempen Liga Perdana England.

Bagaimanapun, Wenger mengambil keputusan untuk meletakkan van Persie di bangku simpanan dan menurunkan Park-Chu Young pada aksi Kumpulan F itu.

Namun pemain antarabangsa Korea Selatan yang membuat penampilan pertama pada kempen Juara Liga-Liga itu gagal memberikan impak yang positif.

"Dia keletihan. Sangat keletihan. Itu sebab saya melakukannya (merehatkan van Persie)," kata Wenger.

"Kami terpaksa bermain sebanyak 50 perlawanan dalam satu tahun dan dia tidak boleh bermain dalam kesemua 50 perlawanan itu. Dia mempunyai kebolehan untuk menewaskan penjaga gol."

Dalam masa yang sama, Wenger menafikan dakwaan bahawa Arsenal terlalu bergantung kepada van Persie.

"Kamu tidak boleh mengatakan hanya seorang pemain akan menjadikan sesuatu yang berbeza. Saya merasakan ia adalah satu permainan di mana memerlukan pergerakan fizikal.

"Tetapi saya merasakan pada separuh masa pertama, kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Kamu perlu memberi kredit kepada Marseille kerana mereka bertahan dengan baik.

"Jentera serangan kami tidak cukup tajam untuk mengambil kesempatan daripada peluang yang dicipta." - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...