![]() |
Birmingham Juara Trophy Carling Cup 2011setelah menundukan arsenal 2-1 |
Kini yang tinggal hanya tiga trophy dan harap2 tidak terkandas dalam perlumbaan mengejar kejuaraan musim ini.
Jika di lihat barisan pemain yang diturunkan memang cukup mantap dan kuat walaupun ketiadaan Captain Fabregas, Welcott dan Diaby.
![]() |
ZIGIC menanduk bola tidak mampu dihalang oleh nasri untuk gol pertama |
Arsene Wenger memberitahu yang Wojciech Szczesny dan Laurent Koscielny adalah pemain yang paling teruk terjejas kerana salah faham di antara mereka telah menjadi punca utama Arsenal tewas tadi..
Kesilapan itu telah memberikan gol mudah yang amat menyakitkan hati apabila martin tidak mensia-siakan peluang terhidang dari kesilapan bodoh Koscielny yang hilang kawalan badan gagal mengeluarkan bola dari zon bahaya...
Aduhhh.. berbakul-bakul aku menyumpah seranah tak tahu lah berapa ribu kilo.. sakitnya hati aku.. marah ni.. arhhhhhhhh!!!
![]() |
Tiada kesefahaman mengakibatkan gol diminit-minit akhir |
Ketiadaan Captain Kesayangan kita memang memberi impak yang cukup jelas dan menjejas setiap rentak dan percaturan permaianan.
Pertama kali aku melihat Rosicky bermain 90minit macam tak percaya.. ianya banyak tidak memberi impak berkesan untuk memberi ruang kepada rakan untuk bergerak dengan cepat..
Bagi aku setakat RVP dikeluarkan digantikan Bendtner aku tak kisah sangat, bila tengok Arshavin dikeluarkan ia membuatkan satu kesilapan amat besar sebab aku melihat Arshavin, Nasri, RVP dan wilshere banyak menghidupkan game untuk berbalas serangan dan larian yang pantas.
![]() |
NASRI (kiri) pemain arsenal yang cukup cemerlang |
Pemain birmingham pandai dan bijak bersandiwara dalam perlawanan, mereka mengunakan taktik itu untuk menyekat permainan arsenal bila rancak berbalas serangan bertali arus di kubu mereka.
Bowyer dan Carr adalah watak penting dan berhasil membunuh dengan lakonan yang cukup mantap.
Arsenal boleh lah melupakan Carling Cup musim ini.. aku harap arsenal dapat membina balik semangat yang tengah down sekarang..
![]() |
MARTIN menghukum kesilapan arsenal menjaringkan gol kemenangan |
Next game lepas ni FA Cup akan bertemu balik kelab Leyton Orient apabila pasukan kita seri 1-1 ditempat lawan. Leyton Orient akan berkunjung diemirates untuk pertembungan siapakah yang layak ke suku akhir nanti.
Arsenal perlu menang untuk menaikkan kembali keyakinan setelah kalah dalam Final Carling Cup dengan gol paling bodoh diakhir-akhir minit perlawanan..
No comments:
Post a Comment