![]() | |
|
Kesilapan penjaga gol, Wojciech Szczesny dan pemain pertahanan, Laurent Koscielny pada minit ke-89 membolehkan Birmingham menjaringkan gol kemenangan.
Wenger mengakui kekalahan itu telah mengganggu psikologi anak- anak buahnya tetapi jelasnya, Arse- nal kini perlu memberi fokus penuh terhadap tiga baki saingan iaitu Liga Perdana England, Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Wenger tetap yakin para pemainnya memiliki karakter untuk kembali bangkit biarpun mereka telah mele- paskan peluang terbaik untuk menamatkan kemarau enam tahun tanpa piala awal pagi semalam.
"Ia ternyata suatu kekecewaan terbesar buat pasukan tetapi pada masa sama, ia menjadi satu cabaran untuk kami memandang ke hadapan.
"Piala Liga membabitkan empat atau lima perlawanan. Liga Perdana England pula 38 perlawanan. Jadi takkan kami hendak mensia-siakan 38 perlawanan liga semata-mata hanya kekalahan dalam satu perlawanan ini.
"Biarpun kecewa, kami perlu kuatkan semula semangat untuk meneruskan saingan. Inilah peluang terbaik untuk kami menunjukkan kekuatan mental dan bangkit daripada situasi ini," kata Wenger.
Pengendali veteran itu enggan mengkritik kesilapan Koscielny dan Szczesny yang menjadi punca kekalahan mereka kepada Birmingham.
"Ia berpunca daripada kurangnya komunikasi dan juga tindakan membuat keputusan. Kedua-dua pemain melakukan kesilapan.
"Saya rasa bukan sesuatu yang betul jika saya menambah permasa- lahan ini. Sebagai satu pasukan, kami perlu memberi semula keyaki- nan kepada kedua-dua pemain ini.
"Perkara seperti ini pasti berlaku dalam perlawanan. Kami sebenarnya mampu mematikan terus permainan lebih awal ketika kedudukan 1-1 tetapi jaringan kedua gagal diperoleh," jelas Wenger. - AFP
No comments:
Post a Comment