Pages

Tuesday, November 8, 2011

‘Arsenal sampai mati’


PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere (gambar) berkata dia semakin pulih daripada pembedahan buku lali dan mahu terus bersama kelab itu selama-lamanya.

Pemain berusia 19 tahun itu yang masih belum beraksi bersama Gunners musim ini berkata, dia berhasrat mencipta sesuatu yang istimewa pada tahun mendatang.

Ketika ditanya sama sama dia terus bersama Arsenal sepanjang kariernya, dia berkata: “Saya berjanji. Saya berada di kelab ini sejak berusia sembilan tahun dan belajar mencintainya.

“Sejak zaman Patrick Vieira ke Dennis Bergkamp dan Cesc Fabregas, saya

menyaksikan mereka datang dan pergi. Kini hadir pemain baru seperti Aaron Ramsey, Kieran Gibbs dan saya sendiri. Kami berharap dapat mencipta sesuatu yang istimewa. Saya cintakan kelab ini dan mahu menjadi sebahagian daripada masa depannya.”

Pemain tengah itu yang sudah pun menempatkan dirinya dalam pasukan England kendalian Fabio Capello turut bersemangat dengan keputusan memberangsangkan Arsenal selepas bermula hambar musim ini.

“Pasukan kami kelihatan-nya semakin baik setiap minggu. Kami bermula buruk awal musim ini dan semua orang menyedarinya. Tentunya saya berbohong jika saya katakan pasukan ini mencapai keputusan baik.”

“Pemain perlu bersatu kerana ada pemain baru di kalangan mereka. Pasukan ini semakin baik setiap minggu. Perlawanan menentang West Brom adalah antara persembahan terhebat kami. Kami melakukan hantaran seperti pasukan Arsenal yang dulu dan mula menemui sentuhan kemenangan.”

Wilshere turut mendedahkan proses pemulihannya selepas pembedahan buku lalinya berjalan lancar apabila keputusan x-ray menunjukkan dia semakin pulih.

Pemain tengah itu menjalani pembedahan enam minggu lalu selepas mengalami keretakan di buku lali kanannya musim panas lalu.

Pada mulanya dia menjangkakan ia akan pulih sendiri selepas dibalut tetapi terpaksa menjalani pembedahan dan terpaksa diketepikan sehingga tahun depan.

“Seperti saya katakan, saya melakukan imbasan x-ray dan segala-galanya baik,” katanya menerusi Twitter.

“Saya perlu bekerja lebih keras kini.” - METRO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...