Pages

Thursday, April 12, 2012

Van Persie kini legenda Arsenal



WOLVERHAMPTON: Arsene Wenger memuji Robin van Persie selepas penyerang Arsenal itu menyamai rekod Ian Wright, menjaringkan gol dalam pertemuan menentang hampir semua pasukan Liga Perdana dalam 38 perlawanan.

Van Persie menjaringkan gol awal menerusi sepakan penalti ketika Arsenal menang 3-0 ke atas Wolves sekali gus menyaksikannya melakukan jaringan dalam perlawanan membabitkan 17 daripada 19 pasukan liga musim ini dan hanya gagal melakar nama selaku penjaring menentang Fulham dan Manchester City.

Pemain legenda Gunners, Wright satu-satunya pemain yang pernah mengecapi pencapaian itu, cukup prolifik di depan gol dengan hanya pintu gol dua pasukan Sunderland dan Manchester United gagal ditembusi bekas pemain tengah antarabangsa England itu.

Andy Cole dan Alan Shearer sebelum ini pernah menjaringkan gol menentang 17 pasukan berbeza dalam kempen liga, tetapi pada masa itu Liga Perdana membabitkan 22 pasukan.

“Tahniah buatnya kerana mencapai tahap ini dalam permainan moden. Pencapaiannya sensasi kerana dia berjaya menggegar jaring 17 daripada 19 pasukan yang kami tentang,” kata Wenger.

“Dia boleh mengatasi rekod itu sekiranya menjaringkan gol ketika menentang Manchester City Ahad lalu tapi cubaannya dua kali menggegar palang.” Jaringan penalti diperoleh Van Persie selepas Sebastien Bassong dilayangkan kad merah kerana mengasari Theo Walcott yang menjaringkan gol kedua dua minit kemudian sebelum Yossi Benayoun melengkapkan kemenangan Arsenal pada babak kedua. - AFP

1 comment:

  1. belum lagenda lagi bro..kene dapat trofi baru bole diiktiraf lagenda....sunk masa depan RVP kita tahu sama ada kekal atau tidak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...