Pages

Wednesday, February 9, 2011

Walcott makin bersemangat

Walcott selalu mendapat tempat dihati capello
LONDON - Theo Walcott mengakui dia berada pada prestasi terbaik untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Denmark di Copenhagen awal pagi esok.

Pemain sayap Arsenal itu menegaskan dia berjaya mencapai tahap itu selepas mengadakan perbincang dari hati ke hati bersama jurulatih England, Fabio Capello.

Walcott, 21, seakan-akan tidak dapat menerima hakikat selepas dia digugurkan daripada senarai 23 pemain skuad England untuk menghadapi kempen Piala Dunia 2010 lalu.

Dia terpaksa menunggu untuk mendapatkan semula tempatnya dalam skuad itu pada awal musim ini sebelum mengetahui alasan sebenar kenapa dia diketepikan.

"Saya ingin tahu kenapa saya tidak disenaraikan. Jadi, saya bertanya kepada dia (Capello) selepas latihan," kata Walcott.

"Saya cuma menunggu masa yang sesuai. Saya terpaksa memendam perasaan buat seketika. Kamu tidak mahu bermain dalam situasi yang tidak baik dan perlu bertanya kepada pengurus.

"Saya gembira dengan jawapan yang diberi. Ia adalah perkara yang perlu kamu rahsiakan. Meskipun hanya saya dan pengurus yang tahu, ia banyak membantu saya."

Bagaimanapun Walcott menegaskan, Capello mengakui dia membuat keputusan yang silap.

"Saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai perkara itu kerana ia akan merosakkan saya. saya perlukan rehat dari segi mental dan fizikal. Ia telah membantu saya musim ini.

"Sesuatu yang baik apabila mendengar pengurus berkata, dia melakukan kesilapan tetapi saya tidak mahu menghukumnya.

"Saya hanya mahu buktikan kepada orang ramai dan berharap saya mampu melakukannya. Ketakutan psikologi telah berakhir. Ia sudah berlalu dan saya hanya perlu memastikan dia tidak berlaku sekali lagi." - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...