Pages

Sunday, May 1, 2011

Enggan Keluar Duit Lagi..

LONDON: Arsene Wenger kekal dengan pendiriannya bahawa Arsenal tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat pemain ternama, pada musim panas ini.

Sekalipun Gunners meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada 16 perlawanan dalam kempen Liga Perdana Inggeris berikutan keputusan seri 3-3 dengan pasukan jiran setempat London utara, Tottenham Hotspur, mereka hanya menang tiga daripada sembilan perlawanan terdahulu.

Kegagalan mereka meraih kemenangan menyaksikan Arsenal merudum ke tangga ketiga menerusi perbezaan gol di belakang Chelsea, enam mata memisahkan mereka dengan pendahulu liga, Manchester United.

Wenger sekali lagi terpaksa mempertahankan pasukan mudanya berikutan satu lagi keadaan mengecewakan, selepas mendahului 3-1 di White Hart Lane sebelum rehat babak pertama.

Sekalipun dilaporkan pengurus Arsenal itu memiliki £40 juta (RM198 juta) sekiranya beliau mahu memperkemaskan skuadnya musim panas ini, Wenger menegaskan rombakan besar-besaran tidak perlu.

“Saya fikir memang ada keperluan untuk memperbaiki pasukan, tapi jika anda renung kembali musim kami, anda pasti berasakan kami tidak perlukan rombakan. Ia pastinya satu tindakan bodoh,” katanya.

“Kami tinggal di dunia di mana apabila anda berada di tangga kedua setiap orang berkata anda teruk. Ia tidak betul. Inilah dunia moden, tapi ia tidak semestinya satu realiti.

“Kami berada di sana, tapi kerana kami tidak memenangi trofi orang mula membidas kami seteruk-teruknya.”

 Wenger berkata: “Apa yang bagus dalam dunia ini adalah setiap orang muflis, tapi orang yang tidak berbelanja adalah bodoh.”

Arsenal, yang berpindah ke Stadium Emirates pada 2006, mungkin tidak mempunyai kekuatan kewangan seperti Chelsea dan Manchester City, namun anak buah Wenger masih kompetitif di atas padang ketika mereka dilihat mampu layak ke Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi.- Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...