Pages

Thursday, November 24, 2011

Wenger - "Arsenal adalah nyawa saya"

Para pemain Arsenal meraikan kejayaan mereka menewaskan Dortmund 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menafikan spekulasi bahawa dia sedang mempertimbangkan kariernya bersama pasukan itu.

Wenger dilaporkan telah memberitahu peminat skuad The Gunners bahawa beliau tidak berminat untuk meninggalkan pasukan itu sebelum aksi menentang Borussia Dortmund pada kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.


Pada aksi di Stadium Emirates itu, tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Dortmund, sekali gus mara ke pusingan kedua.

Penyerang Belanda, Robin van Persie terus cemerlang apabila menjaringkan kedua-dua gol Arsenal masing-masing minit ke-48 dan 86, manakala gol sagu hati Dortmund diperoleh menerusi Shinji Kagawa pada masa kecederaan.

Sebelum ini, Wenger, 62, dilaporkan masih mempertimbangkan masa depannya bersama Arsenal sehingga penghujung musim ini.

"Anda mungkin pernah membaca cerita yang berlainan mengenai saya pada penghujung minggu lalu tetapi apa yang boleh saya katakan, Arsenal adalah nyawa saya," kata Wenger.

"Saya masih memiliki kontrak dan saya akan menghormatinya. Saya mungkin akan memikirkan kedudukan itu apabila saya merasakan saya sudah tidak dapat melaku- kan apa-apa yang terbaik buat pasukan.

"Anda tidak boleh mengatakan anda sayangkan kelab dan mengabaikannya apabila anda ditimpa malapetaka seperti mana apa yang kami telah lalui di permulaan musim.

"Tiada mesej yang mengelirukan. Jujur saya katakan, komitmen dan sayang saya pada kelab mungkin akan berubah jika saya rasakan saya sudah tidak mampu melaku- kan sesuatu yang terbaik."

Arsenal gagal memenangi sebarang kejuaraan utama sejak tahun 2005 dan pasu- kan itu bermula hambar pada awal musim ini selepas dibelasah 2-8 oleh Manchester United pada kempen Liga Perdana England.

Ia merupakan kekalahan terburuk yang pertama sejak tahun 1896 dan berada di kedudukan ke 17 daripada 20 pasukan di Liga Perdana England (EPL) pada akhir bulan Ogos.

Begitupun, sejak dikritik hebat itu, prestasi Arsenal semakin meningkat dan bertambah baik .

Selepas memenangi lima perlawanan liga baru-baru ini, Arsenal melonjak ke kedudu- kan keujuh dan kini sedang bersaing untuk merebut kedudukan dalam kelompok empat teratas liga. - Reuters (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...