![]() |
Thomas Vermaelen menjaringkan gol penyamaan Arsenal di hujung perlawanan untuk Arsenal seri 1-1 dengan Fulham di Stadium Emirates. Pertahanan Belgium menanduk gol penyamaan lapan minit terakhir perlawanan untuk memberi mereka satu mata bagi pasukan Arsene Wenger. |
Thomas Vermaelen menyumbang gol tunggal Arsenal ketika seri 1-1 di Stadium Emirates menerusi tandukannya, namun sebelum itu dia menjaringkan gol ke gawang sendiri.
Wenger percaya, skuadnya masih belum cergas sepenuhnya selepas mengharungi perlawanan bertemu Borrussia Dortmund di saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu yang menyaksikan Arsenal menempah tiket ke pusingan kalah mati.
“Perlawanan itu memerlukan tahap ketahanan fikiran, mental dan fizikal yang tinggi,” kata pengurus Arsenal itu".
“Hampir kebanyakan pemain merasai kepenatan selepas perlawanan Liga Juara-Juara".
“Kami hanya mempunyai waktu yang singkat, tetapi itu bukanlah satu alasan. Ia adalah penjelasan. Kami mahu ke saingan Liga Juara-Juara, jadi mahu tidak mahu kami perlu mengharunginya juga".
“Cabaran kami adalah untuk memenangi perlawanan ini walaupun kami kepenatan.” Arsenal akan bertemu Manchester City pada suku akhir Piala Liga esok dengan Wenger bersedia untuk melakukan rombakan dalam skuadnya bagi meneruskan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan. - AFP (Metro)
Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betlink
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Siapa Sir John Cornforth yang Jadi Google Doodle Hari Ini?
Salip Apple, Huawei Duduki Peringkat Kedua Dunia
Tak Panik, Kunci Kemenangan Arsenal
Wenger Tidak Ada Laga Persahabatan Arsenal vs Chelsea
End of Season and 7th Anniversary of AIS Lampung