Pages

Monday, November 28, 2011

Arsenal, City dijangka tampil skuad simpanan untuk pertemuan Piala Liga



WENGER (tengah) bakal merehatkan beberapa pemain utama Arsenal pada pertemuan Piala Liga menentang City di Stadium Emirates awal pagi esok.

LONDON - Arsenal dan Manchester City masing-masing dijangka akan menurunkan barisan pemain simpanan pada aksi suku akhir Piala Liga awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan itu tidak mahu mengambil risiko, sekali gus merehatkan beberapa pemain bintang ekoran jadual perlawanan yang masih padat termasuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara.

"Saya terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan utama pada pertemuan menentang City nanti kerana pemain-pemain saya masih mengalami keletihan daripada aspek mental dan fizikal," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.


"Saya percaya ia benar-benar terhad beberapa pemain akan dipinggirkan tetapi saya masih mahu pasukan mempunyai peluang bagi memenangi perlawanan ini," Wenger memberitahu pemain Arsenal.

"Alex Oxlade-Chamberlain dan Emmanuel Frimpong akan bermain, tetapi saya menganggap mereka menjadi pemain utama untuk pasukan".

"Park, adalah di tahap menyesuaikan diri yang dihadapi disini dan dia mempunyai satu lagi peluang menentang Manchester City esok malam bagi menunjukkan bahawa dia boleh melakukannya".

Bagaimanapun, selaku pendahulu Liga Perdana England, City yang bakal berkunjung ke Stadium Emirates tidak memandang mudah pertemuan tersebut.

Ini kerana, City merasakan bahawa saingan Piala Liga merupakan pentas terbaik buat pasukan itu untuk menamatkan kemarau selama 40 tahun bagi merangkul kejuaraan dalam saingan liga domestik.

Selain Arsenal dan City, empat lagi kelab elit Liga Perdana England iaitu Liverpool, Chelsea, Blackburn Rovers dan Manchester United akan berentap pada aksi suku akhir itu.

Manakala dua lagi slot diisi dua pasukan liga bawahan, Crystal Palace dan Cardiff City.

Dalam pada itu, satu lagi pertemuan yang menjanjikan saingan cukup sengit ialah perlawanan di antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge awal pagi esok.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menjelaskan bahawa dia akan menurunkan beberapa pemain yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama sebelum ini termasuk bekas tonggak pertahanan Rangers, Danny Wilson.

Lain-lain perlawanan pula menyaksikan Cardiff berdepan Blackburn manakala United bertemu Crystal Palace. - AFP (kosmo!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...