Pages

Monday, December 5, 2011

Arsenal menurunkan pasukan kedua dan mahu kekalkan rekod tanpa kalah mereka


Arsene Wenger: Telah memilih untuk meninggalkan beberapa pemain bintangnya untuk perjalanan ke Athens untuk memberi pasukan keduanya beraksi.

ATHENS: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) yakin skuad kendaliannya akan mempamerkan aksi terbaik menentang Olympiakos di Greece dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok walaupun ia tidak membawa sebarang makna kepada mereka.

Gunners sudah layak ke pusingan kedua selaku juara kumpulan dan Wenger mungkin menurunkan pasukan kedua bagi pertemuan itu.

Dua musim lalu, Arsenal berada dalam situasi sama dan Wenger memilih untuk menurunkan skuad muda dengan purata umur pemain berusia 21 tahun, paling muda dalam Liga Juara-Juara.


Namun kedudukan tempat kedua kumpulan masih menjadi rebutan begitu juga bagi pasukan di tangga tercorot, Borussia Dortmund yang masih berpeluang dengan bos Gunners itu memilih untuk merehatkan beberapa bintangnya walaupun masih merancang menurunkan kesebelasan yang kompetitif di Stadium Karaiskakis.

“Keutamaannya adalah menghormati pertandingan dan memenangi perlawanan. Ini yang saya cuba lakukan,” kata Wenger.

“Saya akan menurunkan skuad berpengalaman dan pada masa sama memberi peluang kepada pemain muda.

“Saya sudah melakukannya ketika menentang Manchester City pada suku akhir Piala Liga dan anda boleh melihat perkembangannya. Paling penting adalah menghormati pertandingan, memenangi perlawanan dan menamatkan peringkat kumpulan tanpa tewas.” Wenger berasa skuadnya berhak mendapat pujian kerana pencapaian mereka di Eropah musim ini.

“Kami masih belum tewas hingga kini dan saya percaya kami berada dalam kumpulan sukar,” katanya.

Dalam pada itu, Wenger turut berpendapat bahawa anak-anak buahnya wajar diberikan pujian terhadap pencapaian mereka dalam saingan Liga Juara-Juara setakat ini.

"Kami masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan peringkat kumpulan biar pun saya percaya kami diletakkan dalam kumpulan yang sukar".

"Burussia Dortmund, misalnya merupakan pasukan terbaik Jerman, Olympiakos dan Marseille pula tidak akan memberi laluan mudah apabila kamu menentang mereka. Sebab itu, saya fikir kami boleh berpuas hati dengan pencapaian kami setakat ini," jelas Wenger. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...