Pages

Sunday, February 6, 2011

Arsenal cari masalah

Cilaka kau.. kau ingat kau tu bagus sangat ker.. (Diaby lah punca dan penyebab segalanya2 menimpa malapetaka buat semua fan arsenal)
NEWCASTLE - Sekalipun selesa mendahului 4-0, ia masih belum mampu membantu Arsenal mencatatkan kemenangan ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Sebaliknya, anak-anak buah Wenger hanya mampu mencatatkan keputusan seri 4-4 pada aksi di St. James Park itu.

Skuad The Gunners tampil dengan rentak cemerlang pada awal babak pertama apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam tempoh 26 minit.

Ia hasil dua jaringan penyerang Belanda, Robin van Persie dan masing- masing satu gol menerusi Theo Walcott serta Johan Djouro.

Bagaimanapun, kad merah yang dilayangkan kepada perancang Arsenal, Abou Diaby pada minit ke-50 ternyata memberikan kesan besar kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu. Akibatnya, gawang Arsenal dibolosi empat gol pada babak kedua perlawa- nan.

Dua gol terhasil menerusi sepakan penalti yang diambil Joey Barton manakala Leon Best dan Ismael Chiek Tiote masing-masing meledak satu gol buat Newcastle.

Wenger mengakui, kelemahan mental anak-anak buahnya terutama pada babak kedua mampu menjejaskan misi The Gunners memburu trofi kejuaraan liga musim ini.

"Secara psikologinya, terlepas dua mata dalam perlawanan sebegini adalah situasi yang teruk sekali. Saya tidak dapat gambarkan betapa marah- nya saya ketika ini.

"Saya sangat kecewa dengan kepu- tusan seperti ini tetapi hanya masa depan yang akan menentukan segala-galanya.

"Memang amat mengecewakan kerana ia merupakan peluang terbaik buat kami untuk mengutip tiga mata penuh, namun kami sedar Newcastle juga beraksi dengan baik dan tidak mudah menyerah kalah biarpun ketinggalan 4-0," jelas Wenger.

GOOLL... !!! (Inilah gol menyebabkan hp terpaksa di off kan pada mlm tu..)
The Red Devils tewas 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam. Anak-anak buah Wenger masih kekal berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 50 mata, empat mata dibelakang United. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...