Pages

Sunday, February 6, 2011

Fabregas patut dapat kad merah?

aku malas nak cakap banyak lh reff.. terang2 si saha tu main curi ayam, mana aci klu mcm ni..
LONDON: David Moyes berasa kapten Arsenal, Cesc Fabregas sepatutnya dilayangkan kad merah kerana membuat komen menimbulkan kemarahan pegawai perlawanan ketika Gunners menewaskan Everton, 2-1 pada perlawanan Liga Perdana, semalam.

Everton mendahului 1-0 di babak pertama di Stadium Emirates menerusi jaringan Louis Saha namun jurulatih itu sedia mengaku jaringan itu ofsaid.

Pemain Arsenal berang dan mengerumuni pengadil Lee Mason apabila gol itu dibenarkan. Moyes berkata, pemain antarabangsa Sepanyol, Fabregas amat bertuah dapat meneruskan permainan di babak kedua selepas mengkritik pengadil ketika keluar daripada terowong.

“Saya rasa apa berlaku dalam terowong semasa rehat permainan memalukan.

“Fabregas sepatutnya dibuang padang kerana mengkritik pegawai perlawanan ketika berjalan keluar menerusi terowong ke padang. Kata-katanya keterlaluan tapi saya tidak mahu mengulanginya, mungkin orang lain akan beritahu anda.

“Komen Fabregas boleh membuatnya dibuang padang. Saya rasa gol Saha memang ofsaid, itu keputusan salah tapi bukan salah Everton membuat keputusan.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...