Pages

Wednesday, March 9, 2011

Messi musnah impian Arsenal..


The Gunners gagal lagi mara suku akhir

BARCELONA - Lionel Messi kembali menghantui Arsenal lagi buat musim kedua berturut-turut dalam saingan peringkat sama Liga Juara-Juara Eropah apabila pemain terbaik dunia itu meledakkan dua gol menjulang Barcelona layak ke suku akhir, awal pagi semalam.

Pertemuan tegang di perlawanan kedua pusingan 16 terakhir di Nou Camp yang di dominasi penuh kelab La Liga itu dicemari dengan insiden buang padang kontroversi penyerang Arsenal, Robin van Persie 11 minit memasuki babak kedua perlawanan.
 
Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi meledak dua gol untuk membantu Barcelona menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi kedua pusingan kedua.


Skuad The Catalan itu melangkah ke suku akhir dengan agregat 4-3 selepas tewas 1-2 pada aksi pertama di Stadium Emirates pada 17 Februari lalu.

Pada aksi di Stadium Nou Camp itu, Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-45 sebelum rakan sepasukan, Sergio Busquets menjaringkan gol sendiri minit ke-59 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Begitupun, perancang Sepanyol, Xavi kembali meletakkan Barcelona di depan hasil jaringan pada minit ke-69 sebelum Messi melengkapkan kemenangan pasukan itu hasil sepakan penalti yang diperoleh dua minit kemudian.

"Untuk bercakap sama ada ia adalah gol terbaik yang dijaringkan Messi, bagi saya itu tidak ada gunanya," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

"Ini kerana, setiap gol yang dijaringkan Messi merupakan jaringan yang hebat dan kini ia sudah menjadi perkara biasa buat pemain itu."

Apa lah nasib kita selepas ni.. tinggal dua Cup je lagi..
Bagaimanapun, penyerang Arsenal, Robin van Persie berang dengan pengadil perlawanan, Massimo Busacca yang melayangkan kad merah kepadanya.

Penyerang Belanda ini dituduh cuba melambat-lambatkan permainan apabila tetap menendang bola meskipun Busacca telah meniup wisel kerana ofsaid.

Begitupun, rayuan Van Persie tidak diendahkan oleh Busacca.

"Saya tidak faham apa yang difikirkan oleh pengadil dalam situasi tersebut.

"Ia merupakan hari paling buruk buat kami (Arsenal). Saya tidak tahu mengapa dia (Busacca) berada di sini hari ini (awal pagi semalam). Kami terasa seperti dianiaya," kata Van Persie. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...