Pages

Thursday, June 9, 2011

Fabregas bebas bersyarat..

Fabregas bersama Wenger semasa press conference menentang Barcelona
Aku boleh lepaskan kau.. tapi ingatt!! kau tidak boleh menandatangani kontrak bersama kelab Inggeris yang lain..

MADRID: Arsenal membatalkan hasrat untuk mengekalkan kapten kelab itu, Cesc Fabregas yang bersedia kembali bersama gergasi Sepanyol, Barcelona, menurut laporan akhbar Sepanyol semalam.

Jurulatih Gunners, Arsene Wenger sudah memberi kebenaran kepada kapten itu untuk meninggalkan kelab itu dengan syarat dia tidak boleh menandatangani kontrak bersama kelab Inggeris yang lain, kata akhbar harian yang berpangkalan di Barcelona, Mundo Deportivo, memetik perbualan antara dua individu itu.

Namun ia memberi amaran ‘rundingan antara dua kelab itu tidak mudah’. Satu lagi akhbar, Sport melaporkan:

“Arsenal percaya perpindahan pemain tidak dapat dielakkan” dan wakilnya dijangka berada di Barcelona semalam untuk mendengar “tuntutan” kelab London itu.

Ia berkata, Arsenal mungkin meminta sehingga 50 juta Euro (RM220.7 juta) untuk pemain tengah berusia 24 tahun itu, salah seorang pemain bintang Sepanyol yang memenangi Piala Dunia 2010.

Bulan lalu, Wenger memutuskan untuk menghabiskan musim panas dua musim berturut-turut menentang Barcelona bagi mengekalkan Fabregas di Emirates.

“Saya penyokong Barca. Saya adalah ahli seperti datuk, pak cik dan sepupu saya,” kata Fabregas tahun lalu.

“Saya menyukai warnanya sejak kecil lagi. Saya adalah Catalan. Namun saya adalah kapten Arsenal, saya adalah Gunners dan di sini, saya menjadi seorang pemain dan matang sebagai seorang individu.” - AFP

The Gunners menolak bidaan dari juara Sepanyol itu pada tahun lalu untuk pemain yang menghabiskan masa remajanya di Barcelona sebelum menyertai Arsenal pada usia 16 tahun pada 2003.


create free polls | comment on this

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...