Pages

Wednesday, June 8, 2011

Walcott teruja..

Walcott mengharap wenger membuat pelaburan besar dalam jual beli pemain musim panas ini
LONDON: Theo Walcott tidak sabar untuk melihat Arsene Wenger membawa masuk pemain baru ke Emirates.

Pemain sayap England itu teruja dengan pengumuman Wenger akan membuat pelaburan besar dalam pasaran jual beli pemain pada musim panas ini.

Dia berharap, dengan kehadiran beberapa pemain besar akan meyakinkan Cesc Fabregas dan Samir Nasri untuk kekal bersama kelab itu.

Walcott mengaku kelab perlu melakukan sesuatu selepas enam tahun ketandusan trofi.

“Pengurus menyatakan akan membeli pemain baru pada musim panas ini dan saya tidak sabar melihat siapakah pemain yang akan dibeli.

“Skuad kami kecil dan ia pasti menjadi lebih baik jika ada beberapa muka baru. Saya mendengar khabar angin antara pemain dalam senarai adalah penyerang Real Madrid, Karim Benzema dan pemain yang setanding dengannya akan menarik minat penyokong serta membantu kami mengekalkan pemain terbaik kelab ini.

“Saya faham mengapa ada pemain berasa kecewa dan berhasrat untuk berpindah. Mereka mahu memenangi sesuatu dan kami tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir ini.

“Sama seperti saya. Saya tidak mahu diingati sebagai pemain pantas. Saya mahu berada dalam lipatan sejarah dengan memenangi banyak kejuaraan seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes.

“Saya bertuah kerana masih berusia 22 tahun dan mempunyai banyak masa. 

“Tapi apabila berada di kelab besar seperti Arsenal dan mempamerkan permainan bola sepak yang hebat, anda perlu memenangi piala dan ketika ini, piala yang diidamkan belum berada dalam genggaman,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...