Pages

Friday, July 15, 2011

Kalah tetap diberi pujian..

Jersey away terbaru Arsenal yang pertama kali di pakai dalam perlawanan petama di Malaysia
BARISAN bintang Arsenal tetap memberikan pujian kepada pemain negara pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin walaupun menewaskan Harimau Malaya dengan jumlah jaringan besar.

The Gunners meledak empat gol tanpa balas pada perlawanan pertama Jelajah Asia 2011 menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey serta Theo Walcott pada babak pertama sebelum menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua menerusi Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

“Malaysia turut mempunyai peluang, begitu juga kami. Ini perlawanan pertama kami di luar, lawan menjadikan ia sukar buat kami terutama pada separuh masa pertama kerana kami keletihan,” kata pertahanan kanan, Bacary Sagna.

"Apa yang positif ialah bahawa kita bersama-sama, kami telah menemui sebuah negara yang baru, kita telah menemui betapa kita dicintai di Asia dan yang tidak diketahui oleh ramai pemain. Kita telah belajar bahawa cinta di sini adalah tulen, bersemangat dan penuh kekaguman".
Menurutnya, aksi terbabit adalah peluang terbaik buat mereka untuk mengharungi musim baru di Liga Perdana Inggeris pada bulan depan dan bagi Malaysia, ia akan membantu dari segi persiapan untuk mengharungi kelayakan Piala Dunia 2014. “Semoga Malaysia berjaya pada perlawanan itu (menentang Singapura),” kata pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun itu.

Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny turut menganggap ia satu perlawanan menarik.

“Pemain Malaysia bermain baik, penonton terhibur namun paling penting kami berjaya realisasi impian kebanyakan penonton di stadium yang mahu kami menang. Mungkin pada peringkat awal kami diberikan tentangan namun Arsenal tetap Arsenal dan kami sentiasa menjadi pilihan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...