Pages

Sunday, August 7, 2011

Nasri makin nekad tinggalkan Arsenal

Fabregas kiri bersama Nasri bersama-sama ingin keluar dari kelab
LONDON – Pemain sayap Arsenal, Samir Nasri semakin menghampiri pintu keluar selepas dilihat berselisih faham dengan pengurus, Arsene Wenger.

Pemain berkenaan tidak bersama The Gunners yang berlepas ke Portugal semalam untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Benfica.

Ketua pasukan, Cescs Fabregas pula yang tidak dibawa ke Portugal, terus mendesak Wenger agar melepaskannya ke Barcelona.

Bintang Sepanyol itu tidak mengetahui tentang tahap kecederaan yang dialaminya tetapi Wenger mendakwa pemain tengah tersebut tidak dapat bermain kerana belum cergas sepenuhnya.

Manchester City kini hanya menunggu jawapan daripada Arsenal dengan tawaran bernilai £22 juta (RM107 juta) untuk mendapatkan Nasri.

Masa depan Nasri di Arsenal dilihat sudah berakhir, ditambah pula dengan kesediaan City untuk membawa pemain itu keluar dari Emirates sebelum pintu perpindahan ditutup.

Begitupun, Nasri hanya akan dilepaskan sekiranya Wenger berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain akedemi remaja Real Madrid, Juan Mata dari Valencia.

Mengenai Fabregas, Wenger berkata: “Cesc masih mengalami kecederaan. Saya tidak akan bercakap apa-apa lebih lanjut tentang perkara ini. Tiada apa yang perlu ditambah.” – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...