Pages

Wednesday, November 23, 2011

Arsenal pasukan Inggeris yang pertama untuk layak keperingkat kalah mati

Van persie (tengah) meraikan gol kedua bersama rakan pasukan
LONDON: Arsenal menjadi pasukan Inggeris yang pertama untuk layak ke peringkat kalah mati selepas penyerang sensasi mereka Robin van Persie menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal menang 2-1 ke atas Borussia Dortmund di Emirates.

Pada separuh masa pertama permainan, Arsenal buntu terikat tampa jaringan dan pada separuh masa kedua van Persia memecah kebuntuan sekali lagi bagi membantu kemenangan Arsenal untuk menjuarai kumpulan F.


Alex Song menunjukkan permainan yang cukup bertenaga dengan kemahiran menakjubkan untuk melepasi tiga pertahanan Dortmund sebelum menghantar bola tepat ke van Persie dengan mudah untuk menanduk masuk melepasi Weidenfeller Rom.

Shinji Kagawa menjaringkan sagu hati untuk Dortmund di saat masa tambahan tetapi ia sudah terlambat untuk menghalang Arsenal untuk layak dalam kelompok 16 pasukan terbaik untuk mara pusingan kalah mati.

Dalam permainan lain dalam Kumpulan F yang sama Olympiakos meningkatkan harapan mereka untuk menduduki 16 pasukan terakhir selepas kemenangan 1-0 ke atas Marseille di Stade Velodrome.

Ioannis Fetfatzidis wira untuk Olympiakos apabila menjaringkan gol kemenangan yang berbaki lapan minit untuk memberi Olympiakos ditempat ketiga dalam kumpulan F yang membezakan satu mata dibelakang Marseille.

Van Persie meraih gol kedua berbaki empat minit sebelum masa tambahan setelah mudah menyepak masuk dari tandukan tipis Thomas Vermaelen untuk membantu Arsenal layak 12 kali kepusingan kalah mati.

Senarai pemain Arsenal vs Borussia Dortmund :
Szczesny, Koscielny, Mertesacker, Vermaelen, Andre Santos, Song, Ramsey, Arteta, Walcott, Van Persie and Gervinho.
( Benayoun, Djourou and Diaby )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...