Pages

Monday, March 5, 2012

Arsenal tagih keajaiban Van Persie

Van Persie (kiri) menikmati musim yang terbaik dalam kariernya bersama Arsenal

LONDON: Prestasi memuncak Robin van Persie memberikan harapan buat Arsenal “melaksanakan misi mustahil” apabila berhasrat memadam kelebihan empat gol dimiliki AC Milan pada aksi kedua, awal pagi esok.

Skuad The Gunners berharap Persie akan terus menampilkan aksi terbaik dalam usaha memadamkan defisit gol selepas tewas 0-4 pada pertemuan di San Siro bulan lalu.

Arsenal sedar tidak banyak pihak berani menyatakan mereka mampu melakukannya apabila turun beraksi pada perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Dalam sejarah 57 tahun kejohanan Uefa, hanya tiga pasukan berjaya melakukan hajat Arsenal yang tidak mahu tersingkir selepas tumpas 0-4 kepada pendahulu Serie A di San Siro bulan lalu.


Malah pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengaku selepas perlawanan itu atas kertas, pasukannya sudah tersingkir.

Namun angin baru melanda kelab utara London itu susulan kemenangan menakjubkan 5-2 ke atas Tottenham serta menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield, Sabtu lalu.

Kunci kejayaan itu adalah persembahan hebat kapten, Van Persie yang kini menikmati musim terbaik kariernya.

Van Persie meledak dua gol untuk menumpaskan Liverpool termasuk jaringan kemenangan masa kecederaan bagi membolehkannya mengumpul 31 gol dalam semua pertandingan sekali gus tonik terbaik buat Arsenal menjelang pertemuan getir itu.

"kemenangan ke atas Spurs dan liverpool telah melonjakkan tahap keyakinan kami" kata Wenger

“Kemenangan itu membuatkan kami semakin yakin dan kini berada di tahap terbaik,” kata Wenger selepas menyaksikan anak buahnya meraih tiga mata penuh Sabtu lalu.

“Ia meletakkan kami di tahap terbaik untuk melaksanakan misi mustahil Selasa ini.” “Bila melihat bola berada di kaki Van Persie, peminat tahu dia boleh melakukan sesuatu yang istimewa.”

“Kami tidak boleh kehilangan pemain yang memiliki kualiti sebegitu. Dalam setiap perlawanan dia akan melakukan sesuatu yang istimewa.” kata Wenger

Meskin pun yakin dengan kredibiliti jentera serangan The Gunners, Wenger dilaporkan 'pening kepala' ekoran benteng pertahanan pasukan tersebut yang masih dibelenggu kecederaan.

Persembahan penjaga gol, Wojciech Szczesny juga sedikit meragukan selepas sering melakukan kesilapan - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...