Pages

Monday, March 21, 2011

kami mempunyai watak yang hebat..




Masa menentang West Brom membuktikan bahawa semua pemain Arsenal mempunyai semangat untuk melawan walau pun Arsene Wenger begitu kesal dan marah dengan gol pada minit pembukaan dan gol kedua mungkin dari kesilapan penjaga gol Alumunia yang terselah kebodohannya.

Gol dari Andrey Arshavin dan Robin van Persie pada 20 minit terakhir tetapi akhirnya mereka gagal mencari kemenangan untuk Arsenal. Bererti Arsenal ketinggalan lima mata di belakang Manchester United tetapi, dalam fikiran Arsene Wenger, Arsenal kini menunjukkan keinginan untuk bangkit.

"Pasukan ini memiliki persefahaman yang baik dan semangat berpasukan yang kuat dan sentiasa keinginan untuk melakukan sesuatu yang terbaik.

"Mungkin kami sedikit gugup di awal permainan kami mempunyai empat target cuma hanya mempunyai satu gol sehinggalah kita memberi tekanan pada mereka dan akhir kita mendapat gol yang kedua".

"Tapi para pemain sangat fokus untuk melakukannya diatas padang dan keputusan seri itu sangat penting bagi kami dari kehilangan mata pada hari Sabtu. "

Wenger mengakui bahawa pemainnya masih lagi kecewa dengan kekalahan pada Barcelona 11 hari yang lalu, tetapi sekarang mereka sudah pulih dan bersedia untuk berjuang.

"Anda tidak boleh keluar dari Liga Champions seperti yang kami lakukan dan itu semua tidak dinafikan lagi," katanya.

"Selama beberapa hari para pemain mungkin terlalu kecewa tapi anda boleh melihat dalam dua hari terakhir bahawa pemain kami masih lagi fokus pada setiap perlwanan".

"Pasukan ini ingin melakukan yang terbaik setiap perlawanan dan saya akan terus untuk membantu mereka mendapatkan apa yang mereka layak".

Sebab itulah mereka berhak untuk diberi ganjaran dan saya yakin mereka akan boleh melakukan"..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...